Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Harald Hoelzl Pengarah Urusan CEO BMW Baharu

Posted on February 12, 2018 by Ekzosmy

BMW Group AG lantik Harald Hoelzl sebagai Pengarah Urusan CEO BMW Group Malaysia yang baru.

12 Febuari 2018

Harald Hoelzl akan mengambil alih tanggungjawab di Malaysia daripada Pengarah Urusan dan CEO sekarang iaitu Han Sang Yun bermula 1 Mac 2018.

 

Cyberjaya, 12 Februari 2018 – BMW Group AG telah melantik Harald Hoelzl untuk memegang tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMW Group Malaysia yang baru bermula 1 Mac 2018.

 

Hoelzl akan mengambil peranan tersebut daripada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif sekarang, Han Sang Yun yang bakal dilantik sebagai Presiden BMW Group Korea yang baru.

Hoelzl memulakan kerjayanya dengan BMW Group pada tahun 2002 serta telah berkhidmat dalam pelbagai jabatan seperti Jualan, Pemasaran, Pembangunan Pengedar dan IT. Dengan rekod kerjaya yang mengagumkan, BMW Group AG melantik beliau sebagai Ketua Pemasaran BMW Group Central South Eastern Europe pada tahun 2011, sebelum mengetuai operasi BMW Group di Republik Czech.

 

Sementara itu, Han Sang Yun akan dilantik sebagai Presiden BMW Group Korea berkuat kuasa 1 Mac 2018. Beliau menggantikan Presiden sekarang, Dr. Hyojoon Kim yang akan memulakan tugas dan tanggungjawab sebagai Wakil Pengarah dan Pengerusi pengeluar kenderaan premium itu di sana.

 

Dengan pengalaman dalam industri automotif selama lebih 20 tahun di Korea, Han Sang Yun dilantik menjadi Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia pada Januari 2015.

Sepanjang bertugas di Malaysia, Han telah membantu pengeluar kenderaan premium ini mencatat prestasi pertumbuhan terbaik pada tahun 2017. Beliau juga merupakan pemacu utama dalam mengembangkan portfolio kenderaan Plug-in Hybrid BMW Group Malaysia menjadi 55% daripada jumlah keseluruhan penyerahan di negara ini. Sekali gus memacu strategi Visionary Mobility pengeluar kenderaan premium ini.

Auto Global Auto My BMW ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
216041
Views Today : 1041
Total views : 448631
©2019 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes