BMW GROUP MALAYSIA MEMPERKENALKAN BMW X2 YANG PERTAMA.
Oleh : Zaim Zainal
Kuala Lumpur, 21 Mac 2018- BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan kenderaan BMW X2 terbaru dalam portfolio pengeluar kenderaan premium ini bagi segmen Sport Activity Coupes. BMW X2 dicipta khas untuk mentransformasikan segmen kenderaan kompak premium dengan kesemua model terbaharu BMW yang sporty, dinamik dan reka bentuk yg urban.
En Harald Hoelzl, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata ” Model BMW X telah lama bertapak di Malaysia. Untuk Tahun lepas sahaja, kita telah menjual lebih 4200 siri kenderaan BMW X yang bersamaan dengan 39.6% jualan BMW daripads jumlah keseluruhan iaitu 10,618 kenderaan. Hari ini, kami berbesar hati untuk memperkembangkan portfolio BMW X di Malaysia dengan jentera BMW X2 yang pertama.”
BMW X2 diperkenalkan melalui variasi BMW X2 sDrive20i M Sport. Reka bentuknya kelihatan garang dan kelihatan terserlah dalam apa jua keadaan. Dengan reka bentuknya dalamannya serta lenggok badan kenderaan ini dan ketinggian coupe ini yang renek dan keteguhan yang dimiliki oleh model BMW X ini umpama atlet yang berada pada tahap kemuncaknya.
BMW X2 ini disertakan dengan gril kidney BMW yang ikonik, reka bentuk trapezoid yang terdapat pada bahagian kepala jentera tersebut diubah untuk menonjolkan aspek kemodenan BMW. Jentera Sport Activity Coupe ini mempunyai prestasi yang memberangsangkan hasil dari pada enjin TwinPower Turbo serta teknologi powertrain yang canggih. Disertakan juga dengan inovasi casis untuk meningkatkan kualiti pengendalian jentera ini memastikan pengalaman pemanduan yang tiada tandinganya dalam segmen kenderaan ini.
Reka bentuk lampu hadapan BMW X2 juga memperkukuhkan keterampilannya yang sporty. Suluhan lampu yang terdapat di bahagian dalam adalah lebih tajam berbanding lampu yang dipasang di bahagian luar, mewujudkan pemfokusan dan kelebihan dinamik. Selain lampu kabus LED, BMW X2 juga turut disertakan dengan lampu hadapan LED yang menawarkan fungsi pencahayaan untuk pemanduan pada waktu siang. BMW X2 ini juga mempunyai corengan glos pada permukaannya dan emblem BMW yang terletak pada C-Pillars memberi penghormatan kepada tradisi penciptaan premium sports coupe oleh BMW. Pakej BMW M Aerodynamics juga disertakan dalam Sports Activity Coupe ini dengan trim tayar dan salutan pewarna pelindung pada permukaan kesemua pintu kereta tersebut. Selain daripada spoiler belakang, BMW X2 juga dibina menggunakan BMW M Sport Suspension yang direndahkan sebanyak -10mm untuk memastikan pemanduan yang menyelesakan.
BMW X2 ini cukup berkuasa enjin petrol dua liter, BMW TwinPower Turbo 4-silinder (teknologi ini telah mengarap pelbagai anugerah) yang menggabungkan twin-scroll turbocaj dengan Valvetronic, dua VANOS dan High Precision Injection; kenderaan ini dapat mencapai kelajuan maksima setinggi 227km/j. Secara keseluruhan, sistem ini menjana 192hp dan tork sebanyak 280Nm, BMW X2 yang pertama ini memecut dari 0-100km/j dalam masa 7.7 saat. Jentera Sports Activity Coupe ini juga turut disertakan dengan ekzos berkembar berdiameter 90mm. Bumbung kenderaan ini pula mempunyai corengan yang unik lantas memberikan impresi pemecutan. Rupa sporty kenderaan tersebut juga dimangkinkan dengan rel bumbung yang diwarnai Aluminum Satin.
BMW X2 ini diserikan dengan roda 19” M yang beraloi ringan, reka bentuk double-spoke 715M dengan ciri run-flat. Skirt sisi jentera ini juga merupakan antara komponen utama dan menyumbang kepada penampilannya yang lasak dan teguh. Corengan garisan mendatar pada bahagian belakang kenderaan ini merapatkan jarak visual antara kereta ini dengan permukaan jalan raya, penekanan diberikan terhadap kelebaran kereta tersebut yang menonjolkan cirinya yang sporty. Corengan ini berlanjutan sehingga lampu belakang kereta tersebut.
Ruangan dalaman kenderaan BMW X2 pula dilengkapi dengan pencahayaan LED ambien dalam variasi pilihan warna seperti Orange, Lilac, Mint, Bronze, Blue dan White untuk dipadankan dengan ekspresi luaran kenderaan tersebut.
Respon pemanduan kereta ini juga boleh disesuaikan dengan hanya menekan butang suis yang terletak di Driving Experience Control yang akan membolehkan pemandu memilih mod seperti COMFORT, peningkatan-kecekapan ECO PRO, dan SPORT. Ia juga dilengkapi dengan Performance Control yang membolehkan pengawalan enjin dan intervensi brek ketika membelok.
Pertama kali dilancarkan, BMW X2 menawarkan ciri praktikal untuk kegunaan seharian. Selain daripada Comfort Access System (Sistem Akses Keselesaan) yang membolehkan pintu but dibuka secara otomatik, ruang but kenderaan ini juga luas dan berkapasiti 470 liter. Ruang but tersebut mampu menampung kapasiti yang berkeluasan sehingga 1,355 liter dengan pembahagian lipatan 40/20/40 di tempat duduk belakang. Penumpang merupakan keutamaan BMW X2, pendingin hawa otomatik yang dilengkapi dalam kedua-dua zon kenderaan ini akan membolehkan penumpang di tempat duduk belakang menikmati udara dingin dengan lebih selesa. Pemandu dan penumpang di tempat duduk hadapan juga dapat merasai kelebihan tempat duduk boleh laras yang dikuasakan elektrik, dengan tambahan “fungsi ingatan” yang disertakan di tempat duduk pemandu.
Apabila ia melibatkan kenderaan dengan teknologi perhubungan, fokus utama BMW adalah terhadap tugas pemanduan. Oleh sebab itu, semua elemen BMW Connected pada BMW X2 sekali lagi direka untuk membantu, memaklumkan, dan menghiburkan pemandu pada waktu yang sesuai dengan menggunakan perkhidmatan seperti Intelligent Emergency Call (Panggilan Kecemasan Pintar), Teleservices (Tele-Khidmat), Concierge Services (Khidmat Pembantu), BMW Online dan BMW Remote Services (Khidmat Kawalan Jauh BMW). Sebagai satu-satunya pembuat kereta premium yang menawarkan integrasi seperti ini, gabungan perkhidmatan BMW Connected dan fungsi penambahbaikan keselesaan membolehkan pemandu BMW X2 mengatur rutin harian mereka dengan lebih efisien.
Pemandu juga dapat menikmati pengalaman kelas pertama dalam segmen kenderaan ini dengan BMW Head-Up Display (berwarna) yang boleh menyiarkan maklumat berkait pemandu. Selain sambungan peranti USB, BMW X2 juga tersedia dengan kit hands-free dan Extended Smartphone Connectivity (Sambungan Telefon Pintar Lanjutan) yang membolehkan sambungan Bluetooth kepada jentera tersebut. Sports Activity Coupe ini menawarkan Navigation Plus dengan paparan sentuh 8.8” yang juga mempunyai fungsi split-view. Radio Media didatangkan dengan 4 pembesar suara dan 2 woofer asas.
BMW X2 juga menawarkan pelbagai seleksi sistem Driver Assistance kepada pemandu. Selain kawalan jelajah dengan fungsi brek, terdapat fungsi Park Assistant yang dapat membantu pemandu untuk memarkir secara selari. Park Distance Control dan kamera pandang belakang juga memudahkan pengendalian yang lebih tepat dan selesa.
BMW X2 didatangkan dengan warna-warna yang baru dan gah seperti Galvanic Gold Metallic, Misano Blue Metallic dan Sunset Orange Metallic, manakala ruangan dalaman jentera ini yang serba hitam dipadankan dengan sulaman kelabu. Sports Activity Coupe ini juga boleh didapati dalam warna Black Sapphire Metallic dengan ruangan dalaman berwarna Magma Red yang dikontraskan dengan sulaman berwarna kelabu. BMW X2 ini boleh didapati di semua pengedar sah BMW seluruh negara mulai hari Rabu, 21 Mac 2018.
Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun oleh BMW Group Malaysia, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar BMW) BMW X2 ialah:
BMW X2 sDrive 20i M Sport yang Pertama – RM 320, 800.00
Ekzos.my