Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Cabaran Vios Berakhir Dengan Jaya

Posted on March 26, 2018 by Ekzosmy

Oleh FITRY MOHD

Pusingan terakhir bagi cabaran Toyota Vios yang pertama bersambung dengan aksi dan drama yang penuh mendebarkan. Perlumbaan yang terbahagi kepada 3 kelas memberikan pengalaman hujung minggu yang penuh mengujakan kepada lebih 20,000 pengunjung yang hadir.

Kelas Sporting yang bermula pada pukul 1.00 petang dengan pelumba muda, Brendan Paul Anthony dari pasukan Dream Chaser bermula di barisan hadapan bersama-sama Brendon Lim dari pasukan Tedco Racing manakala pelumba dari pasukan Nanoplus, Patrick Tam berada di barisan kedua bersama-sama rakan pasukan Clement Yeo. Setelah lampu bertukar hijau, Brendan Paul membuat permulaan yang fantastik diikuti dengan Kenneth Koh dan turut mengekori rapat, Patrick Tam di barisan kedua.

Memasuki pusingan ketiga, kereta yang dipandu Brendon Lim terbabas dan melanggar dinding di selekoh ketiga dan memberikan ruang untuk kereta keselamatan mengambilalih perlumbaan buat sementara waktu sebelum Shanmuganathan terlibat kemalangan di selekoh keempat. Sambung perlumbaan, saingan sengit terus diberikan oleh Brendon Lim walaupun terlibat dengan kemalangan kecil pada awalnya namun masih mampu menamatkan perlumbaan di tempat kedua diikuti Patrick Tam di tempat ketiga dan juara milik Brendan Paul.

Bagi saingan Kelas Promotional pula tidak kurang hebatnya. Perlumbaan yang melibatkan selebriti-selebriti tanah air turut memberikan saingan yang mendebarkan. Shukri Yahya yang bermula di barisan hadapan bersama-sama Shawn Lee dianggap mampu memberikan aksi yang terbaik. Selepas lampu bertukar hijau, Shukri dan Shawn terus menekan pedal meninggalkan Diana Danielle di tempat ketiga dan Danny Kho di tempat keempat.

Pusingan kelima melihatkan Shukri terus menguasai perlumbaan dengan meninggalkan Shawn Lee ditempat kedua dengan perbezaan jarak 1.4 saat dibelakang. Sambil perlumbaan yang dianggap selesa untuk ditamatkan, pada pusingan kelapan kelihatan Shawn Lee berjaya memintas Shukri melalui dalam dan menamatkan perlumbaan 1 ditempat pertama diikuti Shukri ditempat kedua dan Diana Danielle di tempat ketiga.

Kategori Super Sporting dimenangi Tengku Djan Ley. Ekzos.my

 

Aktiviti Auto My ekzos.my Toyota Vios Challenge

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378488
Views Today : 1415
Total views : 1354725
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes