Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Tempahan Nissan Serena S-Hybrid baharu kini dibuka

Posted on April 2, 2018 by Ekzosmy

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd (ETCM) mengumumkan  tempahan NISSAN Serena S-Hybrid generasi kelima  kini  dibuka dan dijangka dilancarkan pada Mei 2018.

Sama seperti model terdahulu, varian 2.0 liter (MR20DD) CVTC Berkembar (Kawalan Pemasaan Injap-Pemboleh Ubah Berterusan Berkembar) dipadankan dengan kotak gear XTRONIC CVT (Transmisi Pemboleh Ubah Berterusan) dan Kawalan Syif Adaptif (ASC); enjin ini mampu menjana kuasa maksimum 150PS pada 6,000rpm dan tork 200Nm pada 4,400rpm. Penggunaan Dual Arm Tensioner (DAT) baharu pula menghasilkan ketegangan rendah pada tali sawat bagi mengurangkan masalah kehilangan kuasa serta meningkatkan efisiensi bahan api.

Sistem Hibrid Pintar yang melengkapi NISSAN Serena S-Hybrid serba baharu merupakan sistem hibrid yang kompak. Ia didatangkan dengan motor ECO yang dinaik taraf bagi mengawal sistem Berhenti Melahu dan memberi tambahan kuasa tork apabila memecut dari titik pegun. Ia juga berfungsi sebagai unit alternator semasa nyah pecutan untuk memudahkan pemulihan tenaga.
Penambahbaikan pada enjin kenderaan ini membolehkannya menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2 KM/L (NEDC R101), memperolehi NISSAN Serena S-Hybrid serba baharu taraf EEV (Energy Efficient Vehicle).

NISSAN Serena S-Hybrid serba baharu mengambil langkah revolusi dengan dilengkapi pelbagai ciri NISSAN Intelligent Mobility (NIM). Ini termasuklah Monitor Pintar Pandangan Sekeliling (I-AVM) yang pertama dalam kelasnya dengan 4 buah kamera yang menawarkan satu pandangan maya, 360° dari arah atas kenderaan untuk memudahkan navigasi.

 

Pengesan Objek Bergerak (I-MOD) pula mampu mengesan pergerakan objek di sekeliling, seterusnya memberi amaran kepada pemandu. Pintu Gelongsor Berkembar dengan Pengesan Kaki yang baru boleh beroperasi dengan mengesan pergerakan kaki di bawah pintu untuk membuka atau menutupnya. Terdapat juga 7-Tempat Duduk ‘Captain Seats’ dengan 7 Saluran USB untuk semua penumpang pengecas peranti masing-masing.

Enam Beg Udara SRS kini hadir sebagai ciri standard pada NISSAN Serena S-Hybrid serba baharu. Ciri-ciri keselamatan lain termasuklah Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Sistem Kawalan Jejak (TCS), Sistem Brek-Antikelincir (ABS), Bantuan Membrek (BA), Agihan Kuasa Membrek Elektronik (EBD),

 

Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Cagak Tempat Duduk Kanak-kanak dengan Top Tether (ISOFIX x2).
NISSAN Serena S-Hybrid serba baharu sudah boleh dilihat secara dekat di beberapa buah pusat membeli-belah terpilih mulai 3 April. Dalam pameran island display dan siri jelajah ini, orang ramai boleh memuat turun aplikasi augmented reality (boleh didapati pada Android dan IOS) untuk melihat kenderaan ini pada masa sebenar dengan maklumat digital tentang NISSAN Serena S-Hybrid serba baharu. Ekzos.my

Auto My ekzos.my Nissan Serena

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
380791
Views Today : 450
Total views : 1364430
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes