Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Ahli TVT sertai cabaran go cart

Posted on April 22, 2018April 22, 2018 by Ekzosmy

Oleh AIMAN ARIF NIZAM

Seramai 60 orang ahli kelab Toyota Vios Tuners Malaysia bahagian Central hadir OTT bulanan yang bertempat di Sendayan Country Club, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Menurut Naib Setiausaha TVT, Mohd Zaidee Aziz, aktiviti utama yang dijalankan pada OTT kali ini ialah Cabaran Go Cart.

Katanya, antara aktiviti lain seperti pendaftaran ahli baharu, penyerahan pelekat dan baju disamping beramah mesra sesama ahli.

“Tujuan aktiviti seperti ini dijalankan untuk megeratkan silatulrahim antara ahli dan menggalakkan ahli beriadah bersama rakan-rakan dan keluarga.

“Cabaran go cart juga memberi pengalaman baharu kepada ahli yang minat dengan sukan pemotoran,” katanya ketika ditemui ekzos.my.

TVT merupakan sebuah kelab yang menghimpunkan pemilik-pemilik Toyota Vios dari generasi pertama hingga generasi ketiga di seluruh negara.

Sehingga kini TVT mempunyai ahli seramai 2,045 orang di seluruh Malaysia.

TVT terbahagi kepada empat kawasan seperti Eastern (Pahang, Terenganu, Kelantan), Southern (Johor, Melaka), Northern (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak) dan Central (Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan). Ekzos.my

Aktiviti ekzos.my Kelab Santai Toyota vios

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378546
Views Today : 1704
Total views : 1355014
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes