Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Haval pamer H9 di Malaysia Autoshow

Posted on April 28, 2018 by Ekzosmy

Pengedar Eksklusif Haval, Go Auto Sales Sdn Bhd mempamerkan model SUV terbaharu, H9 pada acara Malaysia Autoshow di MAEPS, Serdang.

Model itu dijangkan akan dilancarkan pada penghujung tahun ini dengan tanda harga di bawah RM200,000.

Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal, pihaknya mengumumkan berita akan membawa lebih banyak model Haval di pasaran tahun lepas.

“Saya harus menekankan model baru ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki SUV pada harga kompetitif dalam segmen tertentu,” katanya.

Model H9 hadir dengan enjin double VVT 2.0 liter Turbo yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 160 hp dan tork maksimum 324 Nm.

Antara ciri-ciri keselamatan yang ada pada H9 seperti Electronic Stability Program (ESP), Hill Descent and Ascent Control, Anti Lock Braking System (ABS), EBD, AFS dan enam beg udara keselamatan.

Haval H9 bakal hadir dengan dua varian iaitu Luxury dan Ultra. Lima warna diperkenalkan seperti Alaskan White, Ebony, Sleek Silver, Kakadu dan Bronze. Ekzos.my

Auto My ekzos.my H9 Haval

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
380287
Views Today : 1015
Total views : 1362187
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes