Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Naza Tawarkan Penjimatan Dan Promosi Hebat Dengan Naza Gaya Raya Autofair 2018 Terbesar

Posted on May 9, 2018 by Ekzosmy

Oleh FITRY MOHD

 

Kuala Lumpur, 8 Mei 2018 – Sempena hari raya yang bakal tiba dalam masa sebulan lagi, Naza Group kini menawarkan pelanggan ekslusif Naza Automall dengan penjimatan dan promosi hebat pada Naza Gaya Raya Autofair 2018 terbesar.

Dari sekarang sehingga 30 Jun, Naza Gaya Raya Autofair 2018 kini menawarkan pelanggan tawaran hebat bagi barisan automotif model 4 roda dan 2 roda untuk mendapatkan pelbagai tawaran menarik antaranya rebat tunai, kelulusan pinjaman yang pantas, nilai tukar beli tinggi, percuma cukai jalan dan insurans, percuma penyelenggaraan, baucar, hadiah menarik serta percuma sebulan ansuran.

Pakej istimewa ini boleh didapati untuk 14 jenama terpakai dan baru yang dipamerkan di bilik pameran terbesar Malaysia semasa kempen 2 bulan ini berlangsung. Antara jenama yang terlibat adalah seperti Maserati, Brabus, Kia, Peugeot, Chevrolet, Ducati, Vespa dan Indian Motorcycle. Pelanggan juga boleh menikmati diskaun 15% untuk jenama dibawah Naza Group Automotif seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard dan Toyota Harrier samada baru atau terpakai.

Disamping penjimatan dan penghantaran pantas, pelanggan Naza Automall yang membeli kereta atau motorsikal idaman mereka sempena kempen Naza Gaya Raya Autofair 2018 berpeluang untuk memenangi 4 hari 3 malam percutian bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir bola sepak Piala Dunia 2018 secara langsung di Moscow yang ditaja sepenuhnya.

Selain itu, bersempena dengan hari ibu, pelanggan Naza Automall juga layak untuk mendapatkan baucar makan malam di BLVD sebanyak RM500 dengan pembelian mana-mana kereta dalam minggu Hari Ibu iaitu dari 12 Mei sehingga 13 Mei 2018.

Naza Gaya Raya Autofair 2018 juga turut menawarkan pakej ekslusif bagi perniagaan di bawah Naza Group. Naza TTDI , kumpulan hartanah akan menawarkan pakej istimewa bagi setiap pembelian hartanah antaranya pemberian diskaun, rebat, baucar ID, faedah berpatutan, percuma yuran guaman bagi SPA serta urusan pinjaman.

Disamping itu, Naza College of Technology and Business juga menawarkan merit biasiswa dan wan tunai RM1000.00 sekiranya mendaftar di bidang pendidikan kolej semasa kempen Naza Gaya Raya Autofair 2018. Pelajar yang mendaftar semasa kempen Naza Automall berlangsung juga akan diberikan peluang penajaan penuh program SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) di Akademi Naza Gurun, Kedah.

Antara aktiviti menarik sempena kempen Naza Gaya Raya Autofair 2018 termasuk sudut permainan untuk kanak-kanak, pemberian duit raya, stesen makanan trak di tapak aktiviti pada hujung minggu.

Kunjungi Naza Gaya Raya Autofair 2018 di Naza Automall untuk mengetahui dengan lebih lanjut tawaran kempen Naza yang ada untuk anda sertai dengan keriangan.

Terletak di Petaling Jaya, Selangor, Naza Automall dibuka pada jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari biasa dan 10 pagi hingga 7 petang pada hari minggu.

Ekzos.my

Aktiviti ekzos.my Riadah Santai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378487
Views Today : 1404
Total views : 1354714
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes