Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Naza Premira umum henti operasi edaran Aprilia

Posted on July 17, 2018July 17, 2018 by Ekzosmy

Naza Premira Sdn Bhd mengumumkan akan menghentikan operasi pengedaran Aprilia berkuat kuasa mulai 31 Julai 2018.

Keputusan itu adalah hasil daripada pelan rasionalisasi jenama di bawah strategi korporat keseluruhan Kumpulan Naza untuk memastikan kemapanan dan keuntungan jangka panjang jenama berprestasi tinggi 4 roda dan 2 roda lain yang lain, selaras dengan permintaan pasaran semasa.

Naza Premira Sdn Bhd akan terus berkhidmat kepada pelanggan Aprilia selepas penjualan, perkhidmatan, alat ganti dan jaminan sehingga 30 September 2018.

Berikutan pengumuman ini, Naza Premira Sdn Bhd akan terus mewakili jenama Piaggio dan Vespa di Malaysia.

Untuk pertanyaan pelanggan, sila e-mel infopremira@naza.com.my atau hubungi Naza Premira di + 603-7953 2877.

Auto My ekzos.my Naza Premira

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
380426
Views Today : 241
Total views : 1362813
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes