Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Proton eksport kereta semula

Posted on July 17, 2018 by Ekzosmy

Setelah sekian lama PROTON tidak menjalankan aktiviti mengeksport kereta, pengeluar automotif Malaysia kini kembali mengeksport pada separuh kedua tahun 2018.
PROTON hari ini meneruskan semula penghantaran kereta ke Timur Tengah yang merupakan penghantaran pertama dilakukan oleh Syarikat sejak mula bekerjasama secara rasmi dengan Geely. Simbolik majlis pelepasan tersebut telah diadakan di pelabuhan Westports Malaysia dengan barisan kereta-kereta Proton yang telah bersedia untuk dimasukkan ke dalam kapal kargo Grand Diamond.
Permintaan kekal meningkat bagi produk-produk Proton
Kereta-kereta tersebut akan tiba di pelabuhan Aqaba di Jordan dan dari sana, ianya akan diedarkan ke Iraq dan negara-negara jiran yang lain. Penghantaran pertama terdiri daripada 453 buah kereta Proton, yang mempunyai kedudukan kukuh di pasaran Timur Tengah. Keterujaan pada kereta-kereta ini terbukti apabila terdapat kelab pemilik-pemilik kereta yang aktif di rantau ini meskipun jumlah eksport yang sedikit dalam masa beberapa tahun yang lalu.
“Majlis ini merupakan titik permulaan buat PROTON kerana kami kini meneruskan dan malah meningkatkan penghantaran kereta ke Timur Tengah bagi bulan-bulan akan datang. Ia juga merupakan penghantaran eksport pertama sejak perkongsian dengan Geely dan kami mengharapkan agar pasaran eksport ini menerima pandangan yang positif pada masa akan datang. Jadi, bersiap sedialah untuk lebih banyak pengumuman dari kami bermula pada Ogos tahun ini,” kata Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.
Mempunyai pendapat sama, Eddie Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Westports berkata, “Kami juga teruja untuk bekerjasama dengan PROTON dalam usahanya untuk mengeksport kereta ke seluruh dunia, terutamanya kerana eksport terbesar yang terakhir adalah ke Mesir pada tahun 2015. Kami percaya akan kerjasama yang diberikan oleh Westports bersama pelanggan kami seperti PROTON serta agen penghantaran seperti Sunship akan terus mengukuhkan kedua-dua jenama, dan membantu memastikan kereta yang dihantar berada di dalam keadaan yang baik.”
Usaha bagi menambahbaik kualiti PROTON membuahkan hasil
Keyakinan Dato’ Radzaif untuk PROTON terus mengembangkan pasaran eksportnya telah ditambahkan lagi dengan penambahbaikan terhadap kualiti produknya. Sejak Syarikat melaksanakan sistem Audit Produk Pelanggan Global (GCPA) pada proses pengeluarannya, bilangan mata demerit yang didaftarkan telah meningkat sebanyak tiga kali ganda. Merujuk pada skala gelongsor di mana skor yang lebih kecil adalah bersamaan dengan kualiti yang lebih baik, skor GCPA PROTON terkini sehingga Jun 2018 adalah sebanyak 1763 titik demerit, dengan sasaran sebanyak 1500 mata sehingga hujung tahun. Ini petanda yang baik kerana Geely dan Volvo yang turut menggunakan GCPA mempunyai skor terkini sebanyak 1200 dan 850 mata.

Auto Global Auto My ekzos.my Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
379592
Views Today : 823
Total views : 1359217
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes