Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR dan ZAIM ZAINAL
Setelah sekian lama menanti model SUV pertama dibuka untuk tempahan bermula Sabtu ini (esok) di beberapa cawangan terpilih.
Proton menawarkan tempahan model SUV baharu yang diberi nama X70 pada harga RM1,000.
Pengumuman itu dibuat semasa majlis pratonton rasmi kepada media di Pusat Reka Bentuk Proton, Subang Jaya hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong dan Timbalannya, Datuk Radzaif Mohamed.
Dalam masa yang sama satu siri bertemu pelanggan yang merangkumi tujuh bandar di negara ini berlangsung dari 19 September hingga 4 November ini.
Tujuan siri itu diadakan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat lagi model X70.
X70 dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.