UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini mengumumkan cawangan di Pulau Pinang dan Prai telah dipindahkan operasi kepada rakan niaga asing syarikat itu bermula 1 November 2018.
Ini adalah berikutan pengumuman yang dilakukan pada Oktober tahun lalu bahawa syarikat akan memindahkan sebahagian besar operasi di cawangannya kepada pengedar atau pihak lain yang berkaitan.
Rakan niaga asing yang dimaksudkan ialah Netz Toyota Tama Co Ltd, yang telah berurusan dengan Toyota di Jepun selama hampir60 tahun. Ia mempunyai 29 cawangan di sekitar Tokyo yang menggunakan saluran jualan Toyota Netz, dengan tumpuankepada pembeli muda. Selain itu, ia juga turut mempunyai 33 lagicawangan yang beroperasi sebagai saluran jualan Corolla di bahagian barat Tokyo.
Melalui usaha sama ini, S&D Tama Malaysia yang merupakansyarikat tempatan sebagai sayap operasi Netz Toyota Tama Co Ltd akan mula mengambil alih operasi cawangan sedia ada di PulauPinang dan Prai secara rasmi. Dengan gabungan jualan tahunanmencecah 2,000 unit, kedua-dua cawangan berkenaan mewakiliperatusan jualan kenderaan Toyota yang besar bagi kawasanUtara. Selari dengan jumlah pelanggan yang semakin bertambahpula, khidmat lepas jualannya juga telah menampung keperluanservis bagi 50,000 unit kenderaan setahun.
Dengan 140 petugas keseluruhannya bagi bahagian jualan, servisdan juga kenderaan terpakai, S&D Tama Malaysia mensasarkanuntuk memberi kualiti layanan yang lebih baik kepada pelanggandan menyediakan pengalaman memuaskan bagi pelanggan-pelanggan baru serta pemilik sedia ada kenderaan Toyota secarakeseluruhannya.
“Setahun yang lalu, kami mengumumkan bahawa operasi jualankami akan dipindahkan kepada pengedar untuk meningkatkantumpuan terhadap operasi dan layanan pelanggan yang lebih baik. UMW Toyota Motor pula akan memberi tumpuan terhadapaktiviti-aktiviti yang memberi nilai tambah lainnya sepertipembangunan produk, pemasaran dan sokongan kepada rangkaianpengedar. Setakat hari ini, sebahagian besar operasi cawangankami sudah bertukar tangan,” jelas Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.
Mengulas tentang usaha sama baru itu, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata; “Kami amat berbesar hatimengalu-alukan S&D Tama Malaysia Sdn Bhd untuk menyertairangkaian Toyota di Malaysia. Mereka mempunyai pengalaman60 tahun dalam memenuhi keperluan dan melayani pelangganToyota, serta sangat dikenali sebagai pengedar utama dengantahap kepuasan pelanggan yang tinggi di Jepun. Menjadi harapankami untuk melihat S&D Tama memainkan peranan yang sama di Malaysia pula.”
“Sejak kewujudan kami pada tahun 1960, syarikat kami di Jepunterus-menerus memberikan yang terbaik untuk pelanggan. Kami percaya, perniagaan Toyota di Malaysia mempunyai masa depanyang cerah dan untuk itu, kami ingin turut menyumbang samakepada pertumbuhan perniagaannya di sini,” ujar Presiden S&D Tama Malaysia, Katsuhiko Tamura.
“Kami ingin berterima kasih kepada UMW Toyota Motor keranamemberikan peluang untuk terlibat sama di dalam operasi jualansyarikat itu di sini. Kami ingin memberi jaminan bahawa kami akan memikul tanggungjawab berkenaan dengan komited untukmelayani pelanggan baru dan sedia ada sebaik mungkin,” tambahbeliau lagi.
Dua cawangan yang diuruskan oleh S&D Tama Malaysia ituterletak di Jalan Jelutong di Pulau Pinang dan juga di KawasanPerindustrian Prai. Kedua-dua pusat 3S berkenaan menawarkanperkhidmatan jualan dan lepas jualan yang menyeluruh, termasukkemudahan cat dan badan kenderaan.
Pelanggan yang memerlukan maklumat lanjut berkaitan lokasirangkaian pusat jualan dan lepas jualan Toyota boleh layaritoyota.com.my atau menghubungi talian bebas tol Toyota di 1800-8-869682.