Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

PROTON X70 dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad

Posted on December 12, 2018 by Ekzosmy

Hari ini 12 Disember 2018 sekali lagi PROTON melakar sejarah dengan perasmian ulung SUV Premium pertamanya , PROTON X70. Majlis yang penuh gemilang ini menyaksikan Perdana Menteri Malaysia,  Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan PROTON X70 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Untuk menghasilkan SUV ini, PROTON dan rakan usaha samanya, Geely, telah berpandukan dengan empat falsafah berbeza dan dengan tagline; Intelligence That Inspires.

Reka bentuk PROTON X70 ini dapat dilihat dengan ketara pada garis silhouette, yang diukir dengan garis-garis berenergik yang diinspirasikan melalui bentuk Harimau Malaya yang berotot dan lincah. Rekaan ini turut dikaitkan dengan lampu hadapan serta lampu nyalaan siang  yang memberi gambaran seakan sepasang ‘mata’ . Terdapat juga sentuhan yang berciri Malaysia yang boleh didapati pada bentuk jeriji seakan busur tradisional, serta corak pengulangan tersendiri yang diilhamkan oleh ketukangan Malaysia.

Garisan-garisan mempersonakan dan bertenaga yang terdapat pada PROTON X70 adalah hasil usaha satu pasukan yang diketuai oleh Naib Presiden Eksekutif Reka Bentuk di Geely, Peter Horbury dan Ketua Reka Bentuk Geely Shanghai, Guy Burgoyne. Mereka bekerjasama dengan Ketua Reka Bentuk PROTON Azlan Othman dan pasukan perekanya yang memastikan unsur-unsur Malaysia dimasukkan ke dalam reka bentuk PROTON X70.

Dilihat dari sudut dalamannya pula digambarkan sebagai The Heaven yang direka sebagai satu ruangan yang memberikan ketenangan. Dengan penggunaan permukaan logam dan kulit nappa digunakan pada bahagian dalaman memberikan rasa mewah. Terdapat enam port USB untuk mengecas peranti mudah alih, serta terdapat juga sistem penulen udara bagi menyekat gas berbahaya dan membunuh bakteria. Pada pemegang pintu dan jeriji pembesar suara juga terdapat kemasan corak tenunan yang halus, sama seperti corak pada jeriji hadapan yang mampu menghubungkan bahagian dalaman dan luaran secara harmoni.

Dengan perkembangan teknologi komunikasi mudah alih yang semakin pesat, PROTON X70 ini dilengkapkan dengan Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu Termaju (GKUI) yang memberikan pelbagtai fungsi pengguna serta keupayaan untuk terus berhubung melalui peranti mudah alih. Dengan memperkenalkan kad eSIM, sistem ini dimuatkan dengan empat aplikasi seperti radio dalam talian, navigasi, ramalan cuaca dan pengecaman suara. Akses kepada sistem dan fungsi-fungsi lain adalah melalui skrin sesentuh yang berasaskan Android yang bersaiz 8 inci dengan paparan warna penuh 1280×720 yang turut dilengkapi ruang memori dalaman 32GB. Sistem ini juga mempunyai sambungan Wi-Fi sebagai hotspot mudah alih. PROTON X70 ini turut didatangkan dengan fungsi pengecaman suara yang membolehkan pengguna memberi arahan untuk membuka atau menutup tingkap serta bumbung suria. Pengguna juga boleh melaraskan sistem penyaman udara serta mengakses aplikasi navigasi untuk mencari tempat-tempat menarik. Sistem pengecaman suara ini boleh diakses dengan mengucapkan ‘ Hi Proton’ pada permulaan setiap arahan.

Melalui Proton Link, pemilik boleh menyambungkan ke PROTON X70 dengan diberikan ID individu kepada setiap pembeli. Ini bagi memastikan peranti mudah alih pintar mereka kekal berhubung ke Proton Link. Dengan Proton Link ini dapat memberikan pemilik profil perjalanan mereka yang direka melalui papan telematik yang boleh merakam data seperti jarak perjalanan, penggunaan bahan api, masa perjalanan dan juga maklumat servis berkala. Terdapat juga fungsi “ Cari kereta saya” yang akan berfungsi terutamanya pengguna yang meletakkan kereta mereka di kompleks tempat letak kereta yang besar dan sukar dicari.

Proton X70 ini dikuasakan dengan enjin pengecas turbo berkapasiti 1.8 Liter, Gasolin Direct Injection (TGDI) serta penggunaan transmisi enam kelajuan automatik ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 184PS pada 5,500rpm dan mempunyai kilasan tork 285Nm dari 1700-4400rpm. Pemandu boleh memilih mod pemanduan dari Normal, Eco dan Sport untuk menyesuaikan gaya pemanduan masing-masing dan mengikut keadaan jalan raya. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah memberikan pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV) kepada PROTON X70 ini. Terdapat sistem ALL-Wheel Drive (AWD) yang ditawarkan pada varian Eksekutif AWD yang telah dibangunkan oleh Borg Warner dan keselamatan yang telah ditambahbaik dan pengendalian dalam keadaan jalan yang tidak elok.

Bagi ciri-ciri keselamatan yang ada pada semua varian PROTON X70 ini terdiri daripada enam beg udara SRS, tempat duduk ISOFIX dengan titik penahan, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Penahan Brek Auto, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Daki Bukit (HHA), Kawalan Turun Bukit (HDC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS). Kamera 360 ditawarkan pada varian Eksekutif dan Premium manakala Eksekutif AWD dan Premium dilengkapi dengan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS). Varian Premium turut mempunyai Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS). ADAS yang ada pada PROTON X70 terdiri daripada sistem keselamatan aktif dan kognitif termasuk Brek Kecemasan Berautonomi (AEB), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Amaran Tukaran Lorong (LDW), Sistem Amaran Titik Buta (BLIS), Sistem Amaran Pembukaan Pintu (DOW) dan Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC). Keberkesanan penyelesaian keselamatan komprehensif telah terbukti apabila PROTON X70 dianugerahkan penarafan keselamatan 5-Bintang dalam ujian NCAP ASEAN baru-baru ini dengan memperoleh markah tertinggi yang pernah dicapai dalam segmennya.

Harga jualan tanpa insuran untuk PROTON X70 seperti berikut :-

1.8 TGDI STANDART 2WD AT    RM 99,800

1.8 TGDI EXECUTIVE  2WD AT    RM 109,800

1.8 TGDI EXECUTIVE AWD AT    RM 115,800

1.8 TGDI PREMIUM 2WD AT    RM 123,800

 

Terdapat juga pakej ekstra yang menanti untuk pembeli seperti :-

Xtra Service Package                     5 times free labour service

Xtra Low Financing Rate        Low interest rates starting from 2.34% per annum

Xtra Warranty Coverage        5 Year warranty with unlimited mileage

Xtra Data Package        5 Year Internet data plan (1GB per month)

Auto My ekzos.my Geely Proton X70

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378202
Views Today : 1413
Total views : 1352968
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes