Dengan kemunculan semasa Kuala Lumpur International Motorshow, hari ini secara rasminya UMW Toyota motor Sdn Bhd ( UMWT ) telah melancarkan Toyota Vios serba baru dan sedia untuk diserahkan kepada pelanggan. Toyota Vios serba baru ini bukan saja menerima perubahan baru pada rupa bentuk, tetapi turut dipertingkatkan lagi ciri keselamatan untuk pemanduan yang lebih selamat dan menyeronokkan. Kesemua varian ini telah menerima pengiktirafan lima bintang oleh ASEAN NCAP dan turut mempunyai tujuh beg udara SRS, kawalan kestabilan kenderaan ( VSC ) dan juga bantuan bantu mula cerun ( HAC ).
Papan pemuka dalam dan kawalan penghawa dingin Vios serba baru ini juga turut direka semula dengan pengunaan kawalan penghawa dingin digital dan automatik, serta mempunyai tambahan pengecas USB pada bahagian konsol tengah untuk penumpang belakang dan juga mempunyai kerusi dengan balutan upholsteri baru. Vios serba baru ini juga memberi kesenyapan pemanduan dimana iya telah dipertingkatkan bahan penebatnya. Untuk model Vios 1.5G pula mempunyai ” paddle shift ” dan mendapat roda aloi berukuran 16 inch sebagai aksesori standard. Sebagai varian yang teratas juga iya turut mendapat meter jenis Optitron dengan pelbagai informasi dan juga sistem infotaimen DVD-AVX
Cermin pandang belakang “Electrochromic” dan suis mode pemanduan sebagai ciri standard. Keselamatan yang diutamakan untuk Toyota Vios serba baru ini dimana mempunyai sistem amaran titik buta (Blind Sport Monitor), sistem kamera panaromic, perakam video digital hadapan dan amaran trafik belakang dimana ciri ini kebiasaan diguna pakai pada model Toyota yang lebih besar.
” sejak pelancaran model pertama pada 2003, kami telah menjual lebih satu juta unit Vios, membuatkan ia paling popular dalam segmen tersebut. Lebih bertahun kami telah menetapkan standard untuk kenderaan dalam segmen ini dan saya gembira untuk mengumumkan model baru ini, vios generasi ketiga ini akan meneruskan standart untuk tahun yang mendatang. Kami juga dengan gembira menampilkan penampilan pada Kuala Lumpur International Motorshow 2018. Kami sangat gembira dan menghargai respon yang sangat mengembirakan yang kami terima dari orang awam. Ini merupakan satu pendekatan untuk kami meneruskan dalam pembinaan kenderaan yang lebih baik untuk pelanggan kami dalam Malaysia. ” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.
Toyota Vios serba baru ini berharga RM 77,200.00 untuk varian 1.5J (AT), untuk varian 1.5E (AT) pula RM 81,200, dan untuk varian tertinggi Vios 1.5G (AT) pula berharga RM 87,300