Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Enam Fasaliti pengecasan BMW i baru di Pusat Beli-belah Bangsar.

Posted on February 5, 2019February 5, 2019 by Ekzosmy

BMW Malaysia mengorak langkah pada tahun baru ini dengan melancarkan enam fasaliti pengecasan BMW I di pusat beli belah Bangsar. Harald Hoelzl, Pengarah urusan kumpulan BMW Malaysia berkata “ Tahun 2018 merupakan tahun yang memberangsangkan bagi BMW Group di peringkat global dan kami telah mencerminkannya di sini dengan satu lagi rekod baru untuk tahun yang kelapan secara berturut-turut dengan penyerahan 14,338 unit kenderaa. Ia melambangkan peningkatan sebanyak 13% dan angka ini merupakan yang tertinggi dalam segmen pasaran seumpamanya. Pencapaian ini juga memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran utama di rantau ini bagi BMW Group, dan kami berbesar hati untuk menggarap kejayaan tersebut.

Hoelzl juga menjelaskan bahawa portfolio Mobiliti Bervisi yang diusulkan oleh BMW Group Malaysia merangkumi penyerahan yang berjumlah 57% unit kenderaan menerusi lebih daripada 7,500 unit varian kenderaan Hibrid ‘Plug-In’ BMW dan MINI yang berjaya menemukan pemilik baru di seluruh Malaysia pada tahun 2018. “ Sebagai peneraju dalam pembekalan kenderaan berelektrik yang premium di negara ini, kami sentiasa berusaha untuk memacu daya inovasi, keupayaan pemasangan dan peringkat domestic. Kesedaran terhadap teknologi yang baru dan bersih bagi industry automotif, serta untuk mengubah infrastruktur kenderaan premium di Malaysia. Kami mula mengikhtiarkan inisiatif-inisiatif ini bersama Malaysia Green Technology Corporation (GREEN TECH MALAYSIA) seawal tahun 2015 dan kami juga telah membangunkan beberapa projek dalam rangkaian pengedaran kami di seluruh negara.” Ujar Hoelzl.

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan  enam fasaliti Pengecasan BMW i yang baru di pusat beli-belah Bangsar, menandakkan satu langkah yang penting dalam inisiatif syarikat ini untuk memupuk peralihan negara Malaysia kea rah Mobiliti-Elektro. Pengenalan infrastruktur baru ini merupakan susulan kepada fasaliti-fasaliti pengecasan BMW i yang dibuka di Ramada Plaza oleh Wyndham Melaka, The Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh, Iconic Hotel di Pulau Pinan serta WEIL Hotel di Ipoh yang diperkenalkan pada tahun lalu. Portfoli Mobiliti Bervis BMW Group Malaysia dengan kenderaan BMW iPerformance juga didukung oleh platform ChargEv melalui  usaha samanya dengan GreenTech Malaysia, Perkhidmatan BMW ChargeNow yang ditawarkan menerusi program BMW 360 ELECTRIC juga memberikan akses kepada fasaliti-fasaliti pengecasan rakan kongsi yang lain seperti ChargEv, ia membolehkan pengguna menikmati bantuan dan akses 24/7 bagi kesemua lokasi pengecasan yang terletak dalam rangkaian ChargEv yang kian berkembang di seluruh negara.

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
380173
Views Today : 419
Total views : 1361591
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes