Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Lexus UX berkolobrasi bersama John Elliott.

Posted on March 17, 2019March 17, 2019 by Ekzosmy

Untuk Meraikan pelancaran Lexus UX 2019 yang pertama, sebuah crossover padat yang mewah yang direka untuk kegunaan Bandar, Lexus bekerjasama dengan pereka John Elliott untuk mencipta “Tayar yang diilhamkan dari rekaan kasut John Elliott x Nike AF1”. Rekaan Tayar ini menghidupakan semula siluet klasik sneaker Elliott, yang mewujudkan semangat reka bentuk yang bersih, sengaja dan moden. Tayar itu seperti crossover itu sendiri yang diilhamkan oleh dan direka untuk Bandar.

Diumumkan pada pesta fesyen New York Fashion Week di Elliott pada 9 Febuari 2019, kolobrasi ini mempunyai UX serba putih dengan perincian tayar yang diilhamkan oleh reka bentuk Elliott, termasuk pada lapisan putih kulit dijahit. UX yang pertama kali dibuat untuk bandar raya dan “Peneroka Bandar Moden”.

“ Lexus UX yang pertama telah direka untuk bandar” kata Lisa Materazzo, Naib Presiden pemasaran Lexus. “ Kami mahu mendorong konsep itu lebih jauh dengan mewujudkan penghormatan muktamad kepada gaya bandar, tayar yang diilhamkan oleh kasut gaya klasik dan gaya jalan “.

“ Kami teruja untuk menggabungkan naratif dan reka bentuk streetwear dari Air Force 1 kami dengan jenama seperti Lexus. Kami bersyukur mereka telah memberikan kami menggunakan masa ini untuk meraikan kesenian dan untuk membawa tenaga tambahan untuk mengambil rekaan klasik kami, “kata John Elliott.” Sukar untuk bekerjasama dengan jenama yang biasanya hidup diluar komuniti fesyen kerana ia membolehkan kami berkembang dan terus mendorong sempadan kita sendiri.”

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378553
Views Today : 1778
Total views : 1355088
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes