Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

MERCEDES-BENZ MALAYSIA PERKENALKAN GLC 300 Coupe dan GLE 450 AMG Line

Posted on April 15, 2019April 15, 2019 by Ekzosmy

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan dua model SUV terbarunya, iaitu GLC 300 Coupe AMG Line serta generasi terbaru GLE 450 AMG Line. Kehadiran dua model SUV mewah yang berprestij ini melengkapkan barisan kenderaan premium Mercedes-Benz di Malaysia.

GLC 300 Coupe AMG Line.

GLC 300 Coupe AMG Line ini merupakan SUV Coupe yang berprestasi yang menggunakan enjin berkapasiti 2.0 Liter yang mempunyai kuasa kuda sebanyak 245 hp dan 370Nm tork, serta digandingkan dengan kotak transmisi automatic 9G yang mampu memberikan keselesaan dan efisien. GLC 300 Coupe ini turut dilengkapi dengan teknologi terkini seperti “Lane Watching (Pemerhati lorong) – Blind Spot Assist (bantuan amaran titik buta) “. Selain itu terdapat juga sistem “adaptive Highbeam Assists Plus”- “Hand Free Acces “ – “ Active Parking Assists”.

Bahagian dalaman GLC 300 Coupe AMG Line ini dibaluti dengan “ ARTICO Leather Seat ” serta kemasan bahagian dalaman berwarna hitam piano dan digandingkan dengan kemasan kepingan aluminium beralur yang menambah ciri kemewahan unggul.

Bahagian luaran pula dipadankan dengan roda aloi jejari pelbagai berukuran 20 inci, serta terdapat papan larian aluminium yang bergaya turut dipadankan dengan kemasan bodykit AMG dimana memberikan gaya kenderaan berprestasi serta mewah.

Harga anggaran yang ditawarkan bagi model GLC 300 Coupe AMG Line ini adalah RM 398,888

GLE 450 AMG Line.

SUV besar dan mewah kini hadir dengan rupa serta gaya yang baru. Mercedes-Benz GLE 450 AMG Line ini merupakan sebuah SUV yang mempunyai lima dan tujuh tempat duduk yang mempunyai gaya mewah dan lasak. Kehadiran GLE 450 AMG Line kini mempunyai kawalan suspensi aktif “E-ACTIVE BODY CONTROL” dan juga sistem aktif bantuan pemanduan“Stop and Go”.

Menggabungkan dengan pneumatik hidroelektrik sepenuhnya, merupakan sistem suspensi aktif pertama di dunia dengan dasar voltan 48 yang digabungkan dengan sistem penggantungan udara yang baru dibangunkan memberikan kawalan individu untuk setiap roda lebih eksklusif.

Dengan perubahan zaman yang lebih moden dan canggih, GLE ini turut dilengkapkan dengan sistem MBUX-Mercedes-Benz User Experience dan diperbaiki lebih baik dari model A-Class ini mempunyai dua paparan berkembar 12.3inci bersebelahan memberikan paparan yang lebih lebar.

Bahagian luaran SUV mewah ini dipadankan dengan kemasan badan AMG Line yang mempunyai “ Night Package” menaikan ciri-ciri sukan kebahagian tertinggi, dimana dengan kemasan badan AMG yang dinamik serta dipadankan dengan grill radiator berlian yang mempunyai pin krom. Roda aloi ringan dengan rekaan 5 jejari berkembar AMGyang berukuran 22 inci ini turut dipadankan pada SUV mewah ini. Terdapat juga bumbung suria panaroma boleh gelungsur pada GLE 450 AMG Line.

GLE 450 AMG Line ini mempunyai enjin enam silinder serta pengecas turbo yang berkapasiti 3.0 liter mampu menghasilkan kuasa kuda yang mencecah 367hp serta kotak transmisi automatik sembilan kelajuan dan pemilihan mood pemanduan dinamik. Dengan mempunyai nadi yang bertenaga serta kawalan sistem gantungan yang mantap ini dapat memberikan pemanduan yang optimum dan mantap untuk sebuah SUV besar dan mewah ini.

Harga anggaran bagi model GLE 450 AMG Line ini RM 638,888 bagi tujuh tempat duduk dan RM 633,888 bagi lima tempat duduk.

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378040
Views Today : 308
Total views : 1351863
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes