Dengan permintaan tinggi model “Plug-In Hybrid“ dari pelanggan, kini sekali lagi pengeluar kenderaan premium mewah, Mercedes-Benz Malaysia melancarkan model Mercedes-Benz S 560 e “Plug-In Hybrid” dan melengkapkan keluarga S-Class. Menggunakan enjin pembakaran dalaman siri V6 yang menghasilkan kuasa sebanyak 367hp (270kW), serta mempunyai motor elektrik yang menghasilkan kuasa sebanyak 122hp (90kW). Mercedes-Benz S 560 e ini juga mampu bergerak sejauh 50km lebih dengan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya, ini disebabkan kemampuan dan kapasiti bateri lithium-ion baru ini telah dipertingkatkan hingga 13.5kWh.
Sebagai ahli keluarga S-Class, S 560 e turut menawarkan kemewahan dan keselesaan seperti ahli keluarga S-Class yang lain, dimana turut dilengkapkan balutan uplosteri “Nappa Leather” dan turut mempunyai kemasan ekslusif dan pengunaan kemasan kayu walnut berkilat. Turut dilengkapkan dengan pakej “Chauffeur” yang menawarkan pelbagai pilihan pelarasan kedudukan tempat duduk penumpang. Model “Plug-In Hybrid” ini juga mempunyai spesifikasi mewah seperti kawalan suhu sebelum memasuki kenderaan untuk memaksimumkan keselesaan pemandu dan penumpang sebelum memulakan perjalanan.
Dengan harga anggaran yang ditawarkan bernilai RM 658,888.00, ia juga mempunyai tawaran pembiayaan yang sesuai sempurna untuk individu yang mencari nilai, manfaat yang tidak ditandingi dan ketenangan pemilikan yang dijaga sebaik mungkin. Tawaran agiliti pembiayaan oleh Mercedes-Benz dan datang dengan pelbagai pakej yang bermula dari RM 6,588.