Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR
Toyota Harrier mula diperkenalkan di Jepun sejak tahun 1997 dan dijual secara eksklusif oleh pengedar, Toyopet. Setahun selepas itu model itu telah dijenamakan semula dengan tanda Lexus RX dan dijual di luar Jepun.
Awal tahun 2018 UMW Toyota telah melancarkan Toyota Harrier di Malaysia. Pada pelancaran itu dua model diperkenalkan Luxury dan Premium.

Baru-baru ini penulis telah diberi peluang untuk memandu uji varian 2.0T Luxury. Apa yang saya terfikir ialah apa perbezaan Harrier dari UMW Toyota dengan pengimport lain di sini.
Lima perbezaan yang penulis kenal pasti yang akan menjadi sebeb kenapa pembeli perlu beli Toyota Harrier dari UMW Toyota:
- UMW Toyota menjual Toyota Harrier yang menggunakan enjin 2.0 turbo dengan kotak gear enam kelajuan dan menghasilkan kuasa maksimum 231PS. Kebanyakan pengimport lain menjual model yang menggunakan enjin 2.0 liter tanpa turbo dan kotak gear CVT yang hanya menghasilkan kuasa maksimum 152PS.
- Model yang dijual UMW Toyota dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti Toyota Safety Sense(Pre-Crash, ACC, LDA, LKA, dan AHB). Pihak pengimport lain meletak ciri-ciri lain sebagai pilihan.
- Rekaan luaran Harrier yang dijual UMW Toyota lebih terkini seperti, lampu utama LED, lampu isyarat berurutan, LED DRL dan bampar hadapan terbaharu.
- Pada bahagian dalaman pula UMW Toyota menawarkan tempat duduk kulit Nappa, bumbung panoramik, parkir brek elektronik dan tempat duduk dengan memori. Model yang dijual pengimport menawarkan bumbung panoramik sebagai pilihan dan brek parkir kaki.
- UMW Toyota menawarkan lima tahun waranti tanpa had perbatuan yang memberikan ketenangan fikiran selepas membeli.
Harga yang ditawakan untuk varian 2.0T Luxury ialah RM266,000atas jalan tidak termasuk insurans. Empat warna ditawarkan seperti putih, hitam, biru dan perak.
Kesimpulanya, tepuk dada tanya selera seluk kocek dan buat keputusan.