Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

BMW Malaysia lancar X7 pertama, 7 Series baharu

Posted on July 14, 2019July 14, 2019 by Ekzosmy


Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE


BUAT julung kalinya, BMW Malaysia telah memperkenalkan model kenderaan aktiviti sukan (SAV) yang pertama iaitu BMW X7 dengan harga RM888,800 seunit.


Pada masa sama, jenama kenderaan mewah keluaran Jerman itu juga melancarkan model BMW 7 Series terbaharu, BMW 740Le xDrive menerusi varian Pure Excellence yang dipasangkan secara pemasangan tempatan (CKD) dengan harga RM594,800 seunit.


Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, BMW X7 merupakan perkembangan sistematik portfolio model BMW X dan menjadi antara faktor utama yang dikenal pasti BMW Group Malaysia untuk menjamin pertumbuhan yang sihat dalam pasaran kereta dunia pada masa akan datang.
“Model-model BMW X dikategorikan sebagai model yang tersohor dalam portfolio BMW dan ia berjaya mencatat penyerahan berjumlah lebih daripada 5,000 unit di seluruh negara pada 2018.
“Justeru bagi membawakan inovasi alaf baharu, keselesaan maksimum serta reka bentuk kontemporari bersama dinamik serba moden, BMW X7 yang pertama hadir dengan nuansa yang lebih progresif dalam famili yang terdiri daripada kenderaan BMW mewah,” katanya dalam satu kenyataan kepada EkzosMy.


Dalam pada itu, Ambi menjelaskan, model  BMW 740Le xDrive menerusi varian Pure Excellence pula menonjolkan karakteristik yang menzahirkan kenikmatan pemanduan elektrik yang tulen.

“Kenderaan sedan mewah tersebut akan dipasang secara CKD sejajar dengan komitmen berterusan BMW Group Malaysia untuk mengembangkan pelaburannya di Malaysia, justeru menekankan peranan negara ini sebagai hab untuk BMW Group di rantau Asia Tenggara,” jelasnya.

BMW X7 menawarkan tujuh pilihan warna yang menawan iaitu Mineral White, Black Sapphire, Artic Grey, Sophisto Grey, Phytonic Blue, Terra Brown dan Vermont Bronze.

Sementara bagi model BMW 740Le xDrive menerusi varian Pure Excellence pula boleh didapati dalam empat pilihan warna elegan iaitu Mineral White, Black Sapphire,  Bernina Grey dan Imperial Blue.

Pemilik BMW X7 dan BMW 740Le xDrive menerusi varian Pure Excellence juga boleh menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia seperti waranti perbatuan tanpa had selama 5 tahun serta Program Servis Berjadual Percuma; program waranti tayar bertempoh 2 Tahun/24 Bulan untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’.

Selain itu, bantuan tepi jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW; aplikasi mudah alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card dan servis dalam talian BMW turut ditawarkan premium berkenaan. – EkzosMy

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
377572
Views Today : 833
Total views : 1349582
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes