Sebelum ini Perodua ada mempamerkan model Myvi GT di sebuah pameran automotif di ibu negara.
Sejak itu peminat kenderaan tempatan tertanya-tanya adakah model itu akan berada di pasaran kerana mempunyai rupa yang ‘sporty’ disamping pelbagai aksesori menarik.

Antaranya rim sukan berukuran 17 inch, suspensi prestasi yang boleh dilaras, tempat duduk buket dengan balutan Alcantra, roda steering carbon fiber,cermin suria dan bampar belakang dan depan yang lebih menarik dari Myvi generasi ketiga.
Hari ini semasa sidang akhbar Perodua, pihaknya memberitahu mungkin akan melancarkan model itu tetapi dengan kos lebih rendah, kerana jika pihak perodua mengeluarkan sama seperti model prototype semasa pameran automotif di ibu negara itu mungkin jauh lebih tinggi harga jualan daripada model asal.

Persoalannya adakah Myvi GT yang akan dilancarkan? Atau ia hanya seperti Bezza Limited Edition?
Kami angankan model itu kelak akan diangkat bak hothatch tempatan yang disegani! – ekzos.my