Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

TGR Festival musim ketiga kembali September ini

Posted on July 24, 2019August 7, 2019 by Ekzosmy

UMW Toyota Motor Sdn Bhd hari ini mengumumkan penganjuran Musim Ketiga bagi Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival yang akan bermula September ini.

Perlumbaan Musim Ketiga ini nanti akan melibatkan empatpusingan dengan lapan perlumbaan keseluruhannya dan melibatkan tiga litar jalanan yang direka khusus, termasuk satu lokasi di Litar Antarabangsa Sepang.

Lebih 40 orang pelumba akan bertanding dalam tiga kelas perlumbaan – Promotional untuk barisan selebriti, diikuti oleh kelas Sporting dan Super Sporting, masing-masing bagi pelumba-pelumba amatur dan profesional.

TGR Musim Ketiga ini juga tidak hanya tertumpu kepada litar semata-mata kerana perlumbaan siri Gazoo Racing Velocity E-Sports akan turut diadakan semasa festival berlangsung.

Pertama kali diperkenalkan September tahun lalu, pertandingan perlumbaan secara maya itu berjaya menarik sebanyak 400 penyertaan.

Beberapa penambahan baru bakal dibuat untuk TGR Festival musim ini termasuk penglibatan Gazoo Racing Outlet yang akan mempamerkan model-model kenderaan yang diilhamkan daripada penglibatan Toyota dalam sukan permotoran dunia. Salah satu daripadanya adalah Gazoo Racing Supra.

“Toyota telah meraih begitu banyak pencapaian di dalam sukanperlumbaan dunia dan kami ingin membawa peminat dan pelanggan di sini lebih dekat kepada jenama Toyota serta barisan produknya di samping memanfaatkan warisan perlumbaanya selama ini.

“TGR Festival bukanlah sekadar menjual lebih banyak kenderaan, sebaliknya untuk meraikan kejayaan Toyota dan Gazoo Racing dalam peta sukan perlumbaan dunia.

“Dari Rali Dakar dan Kejuaraan Rali Dunia hinggalah kepada kejayaan terbaru di 24 Jam Le Mans, dan menterjemahkan pencapaian ini untuk dimanfaat dan dipersembahkan kepada umum,” ujar Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

“Dengan Gazoo Racing, Toyota di peringkat global sedang bergerak ke arah sempadan baru melalui penglibatannya dalam sukan permotoran.

Ini kemudiannya diterjemahkan kepada penghasilan produk yang lebih baik dan sekali gus membentuk kekuatan, keupayaan dan kreativiti tenaga kerjanya.

Kami berpegang kepada falsafah ini untuk diterapkan dalam perniagaan. Kini, dengan model-model seperti Vios dan Yaris, termasuklah Supra yang akan dilancarkan tidak lama lagi, kami percaya UMW Toyota Motor mempunyai gandingan produk yang betul untuk mengukuhkan kedudukan dalam sukan permotoran di Malaysia.”

Membawa sukan perlumbaan kepada umum tidak hanya diterjemahkan kepada penganjuran TGR Festival yang menggunakan litar jalanan binaan khas seperti yang dilihat di Pulau Pinang, Terengganu dan Johor sebelum ini, tetapi format perlumbaan hanya dengan satu model iaitu Vios turut menjadikannya mampu disertai oleh pelumba-pelumba amatur dan profesional.

Pencapaian Musim Kedua juga menyaksikan seorang pelumba berumur 14 tahun yang berjaya beralih dari perlumbaan go-kart kepada kereta lumba sedan.

Menurut Takeyama, ia menjadikan TGR Festival sebuah platform berkesan untuk pelumba muda mengasah bakat dan kemahiran mereka sebelum terlibat dalam tahap perlumbaan yang lebih tinggi.

Sementara itu, selebriti yang akan turut beraksi dalam kelas Promotional terdiri daripada barisan penyanyi, penyampai dan pelakon seperti Shukri Yahaya, Shawn Lee, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Nabila Razali, Wani Hasrita, Janna Nick dan juara bertahan, Diana Danielle.

Musim Ketiga ini bakal menyaksikan penyertaan dua muka baru, Ain Edruce dan Syafiq Kyle. Takeyama sendiri akan berlumba bagi musim ketiganya berturut-turut.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, TGR Festival merupakan medan untuk membuktikan keupayaan kenderaan Toyota, terutamanya Vios.

“Pengeluar kenderaan hari iniberkongsi matlamat untuk menghasilkan kereta yang praktikal, mampu milik, ekonomikal, tahan dan padat dengan teknologi termaju.

“Bagi Toyota, adalah penting untuk kenderaan yang dihasilkan menepati semua itu, serta turut teruji ketahanannya dalam keadaan yang mencabar, memberikan pemanduan yang memuaskan serta pengalaman pemilikan yang menyeronokkan,” jelas beliau.

Ravindran juga menyatakan, kombinasi aktiviti perlumbaan dalam dan di luar litar, serta pameran Gazoo Racing Outlet dan Gazoo Racing Supra menunjukkan aspirasi syarikat untuk meluaskan jejaknya dalam sukan permotoran di Malaysia pada masa akan datang.

“Sukan permotoran bukanlah hanya tentang persaingan, tetapilebih daripada itu. Ia juga bertujuan untuk memupuk minat yang lebih mendalam, kesungguhan dan penghargaan.

“Kami percaya dengan gabungan perlumbaan di litar dan perlumbaan maya, model-model yang diilhamkan oleh semangat perlumbaan dan membawa peminat untuk menyaksikan perlumbaan dari dekat akan menyumbang dalam melonjakkan lagi suasana sukan permotoran di Malaysia,” jelasnya.

Barisan penaja bagi Musim Ketiga TGR Festival termasuk Toyo Tires, pembekal teknologi automotif Denso, TRD Asia, jenama pelincir dari Jepun Moty’s, Enkei, minuman tenaga M7 dan Toyota Capital Malaysia.

Musim Kedua TGR Festival berakhir April lalu selepas tamat empat pusingan dengan lapan perlumbaan yang berjaya menarik lebih 80,000 peminat, 1.1 juta tontonan atas talian serta tiga juara baru bagi ketiga-tiga kelas perlumbaan.

ain edruce diana danielle janna nick khai bahar Nabil Ahmad nabila razali Shawn Lee Shukri Yahaya syafiq kyle Toyota Toyota Gazoo Toyota Gazoo Racing Vios wani hasrita
ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378507
Views Today : 1537
Total views : 1354847
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes