Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

PERODUA Bezza paling laris di Sri Lanka

Posted on August 26, 2019August 26, 2019 by Ekzosmy

Oleh: ZAIM ZAINAL

ekzosmy@gmail.com

PERODUA Bezza kini merupakan kenderaan sedan bawah 1.0 Liter yang kini merupakan sedan paling laris di jual di Sri Lanka. Setakat tujuh bulan yang pertama 2019, PERODUA Bezza menduduki tempat teratas dalam kategori bawah 1.0 Liter dari segi jualan kenderaan baru, baik sedan ataupun hatchback.

PERODUA Bezza dilancarkan di Sri Lanka pada Jun 2017 dengan nilai jualan Rs 3.69juta yang bersamaan RM 86,200*. Kira-Kira terdapat 1,500 pemilik PERODUA Bezza di Sri Lanka, ini menjadikannya antara model PERODUA yang mencatat jualan terpantas di Sri Lanka, turut bersama iaitu PERODUA Axia yang telah mencapai jualan 3,000 unit sejak 2015.

Sri Lanka merupakan eksport terbesar untuk jenama PERODUA. Pengedar tempatannya, Unimo Enterprises, telah menjual lebih 15,600 kenderaan PERODUA sejak 1997.

Kami mengucapkan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Unimo Enterprises En Mahesh Gunathilake dan kakitangannya atas usaha mereka untuk mempromosikan jenama PERODUA yang telah membawa kepada pencapaian ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Dato’ Zainal berkata PERODUA akan terus memberi sokongan kepada para pengedarnya di luar Malaysia, selari dengan hasratnya untuk berkembang di rantau Asia-Pasifik.

“Kami bekerja rapat dengan Unimo dengan menyediakan latihan teknikal dan pengetahuan produk untuk kakitangan jualan dan servis mereka, supaya kami dapat memberi keyakinan penuh kepada pelanggan Sri Lanka yang kami hargai,” Dato’ Zainal berkata.

Varian PERODUA Bezza tunggal yang dijual di Sri Lanka dikuasai enjin 998 cc VVT-i blok aluminium yang disambungkan kepada transmisi automatik kawalan elektronik empat-kelajuan, dengan kecekapan bahan api yang dinilai melebihi 21 km/l.

“Pelanggan kami menggemari PERODUA Bezza dan Axia kerana kenderaan tersebut kompak, praktikal, berkualiti tinggi, boleh dipercayai, lasak serta cekap bahan api. Kedua-duanya juga mempunyai ruang dalaman yang cukup luas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Unimo Enterprises En Mahesh Gunathilake.

Khususnya, PERODUA Bezza telah memperkenalkan segmen sedan kompak dengan jayanya di Sri Lanka, pasaran yang telah lama meminati kenderaan hatchback. Pelanggan kami menggemari rekabentuknya, keselesaannya dan ruang bagasinya yang berisipadu 508 liter.

“PERODUA Bezza boleh menempatkan lima orang dengan selesa dan juga membawa bagasi mereka, menjadikannya sangat sesuai untuk perjalanan seisi keluarga,” tambahnya.

Sasaran eksport PERODUA untuk 2019 adalah sebanyak 3,270 kenderaan – 50% lebih daripada 2,184 unit yang dieksport tahun lepas. Lebih 80,000 kenderaan PERODUA telah dijual di luar Malaysia setakat ini.



ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
377119
Views Today : 745
Total views : 1347696
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes