Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

PERODUA AXIA 2019 Dilancarkan.

Posted on September 20, 2019November 14, 2019 by Ekzosmy

Oleh : ZAIM ZAINAL

ekzosmy@gmail.com

Perodua hari ini melancarkan Perodua Axia 2019, yang lengkap dengan ciri keselamatan canggih yang paling mampu milik di Malaysia.

PERODUA AXIA STYLE

Hatchback segmen A yang diberi nafas baru ini dilancarkan oleh Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin di Perodua Sentral, Petaling Jaya.

Pelancaran kali ini menyaksikan enam varian yang diperkenalkan seperti varian – E, G, GXtra, Se, AV dan varian baru STYLE dengan harga jualan di antara RM 24,090 hingga RM 43,190 tanpa insuran.

Varian teratas Perodua Axia 2019, iaitu AV, kini dilengkapi dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) 2.0 yang terdiri daripada Pengesan Jalan Kaki (sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran ( sehingga 100 km/h), Brek Pra-Pelanggaran ( sehingga 80 km/j), Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control untuk mengurangkan risiko pelanggaran.

ASA 2.0 (AXIA AV)

Kesemua varian Perodua Axia 2019 dari GXtra dan ke atas didatangkan dengan kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman (TRC), dan semua varian E mempunyai ABS dengan Pengagihan Daya Brek Elektronik. ISOFIX juga terdapat pada semua varian manakala varian SE dan AV pula dilengkapi dengan filem tingkap keselamatan dan solar.

Perodua Axia STYLE ini didatangkan dengan bumper hadapan dan belakang yang tampil lebih lasak dengan elemen skid plate, cladding badan, lampu belakang lensa jernih, moulding bumbung, spoiler belakang dan rim aloi lima jejari 15 inci.Warna baru sunrise orange hanya ekslusif bagi varian STYLE sahaja bagi melengkapkan gaya ala-ala crossover.

Axia FL 2019
Axia Axia Facelift ekzos.my Perodua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378041
Views Today : 312
Total views : 1351867
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes