Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Mercedes-AMG A35 4MATIC Sedan kini di Malaysia.

Posted on September 24, 2019September 24, 2019 by Ekzosmy

Oleh : ZAIM ZAINAL

ekzosmy@gmail.com

Mercedes-AMG A35 4MATIC

Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mengambil peluang untuk melancarkan model kenderaan prestasi mewah mereka iaitu, Mercedes-AMG A35 4 MATIC sedan bagi melengkapkan barisan kenderaan prestasi mewah mereka.

Mercedes-AMG A35 4 MATIC baru ini didatangkan dengan enjin petrol 2.0L empat silinder dengan pengecas turbo yang menggunakan kod M260 ini mampu menghasilkan kuasa kilasan tork sebanyak 400Nm pada 3000 pusingan seminit RPM dan enjin ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 306 kuasa kuda. Penggunaan kotak gear transmisi tujuh kelajuan dengan klac berkembar DCT serta gabungan bersama sistem 4 MATIC pacuan kesemua roda ini dapat membantu Mercedes-AMG A35 sedan ini mampu memecut dari kelajuan pegun sifar ke 100 km/h hanya menggambil masa 4.8 saat.

Rekaan Mercedes-AMG A35 4 MATIC baru ini merupakan kenderaan kompak sedan yang lebih ‘sporty’ dengan rekaan jeriji radiator jari berkembar bersama logo AMG. Bahagian bampar hadapan juga yang lebih sporty turut dilengkapkan dengan corong angin sisi bampar hadapan yang besar. Rekaan bahagian belakang juga menampilkan pemisah angin aerodinamik yang lebih nyata serta didatangkan dengan tips ekzos berkembar. A35 AMG 4 MATIC sedan ini didatangkan juga dengan rim jejari berkembar lima batang AMG yang berukuran 19 inci bagi memantapkan lagi rekaan ‘sporty’ Mercedes-AMG A35 4 MATIC ini.

Bahagian dalaman Mercedes-AMG A35 4 MATIC ini menyaksikan kotra warna padanan hitam merah pada ruangan dalamannya terutama pengunaan kerusi balutan kulit ARTICO dengan jenis uphlosteri DINAMICA bewarna hitam serta jahitan benang yang bewarna merah dan juga tali pinggang keledar bewarna merah.

Sistem gantungan Mercedes-AMG A35 4 MATIC ini didatangkan dengan sistem adaptif ‘AMG Ride Control’ dimana ia membenarkan untuk menetapkan tiga mood pemanduan daripada mood pemanduan selesa hingga ke mood pemanduan sport.

Harga jualan bagi Mercedes-AMG A35 4 MATIC ini dijual sekitar harga RM 348,888 tanpa cukai jalan dan insuran.

A-Class AMG MercedesBenz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
377257
Views Today : 1507
Total views : 1348458
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes