Volvo S60 kini di Malaysia
Oleh : ZAIM ZAINAL

Volvo Car Malaysia hari ini memperkenalkan kereta premium terbaru, iaitu Volvo S60 T8 R Design. Model ini dilabelkan sebagai ‘kereta sebenar untuk pemandu’ dimana ia menggabungkan prestasi, kelestarian dan keselamatan dalam bentuk sedan premium bersaiz sederhana.
Dikuasakan dengan enjin T8 Twin Hybrid AWD ini menghasilkan kuasa kuda 407hp dan mempunyai prestasi yang cukup mantap. Dengan kuasa pengecas turbo ini membantu memberi responsif unggul serta membantu untuk penjimatan bahan bakar dan pelepasan asap ini membolehkan pemandu menikmati kuasa pemanduan dengan lebih baik.
Model Volvo S60 T8 R Design ini juga didatangkan dengan kerusi kontur yabg dibaluti sarung kulit Charcoal Fine Nappa/Open Grid Textile dan papan pemuka yang berjahit. Selain itu sistem pembesar suara juga dilengkapkan dengan 14 pembesar suara dari sistem bunyi premium Harman Kardon bagi menikmati alunan muzik yang mengasyikkan. Selain itu juga Volvo S60 T8 R Design ini didatangkan dengan bumbung panaromik yang memberikan pengcahayaan semula jadi kepada bahagian dalam kabin.
Model terbaru Volvo S60 ini berkongsi platform Scalable Product Architecture (SPA), dimana teknologi keselamatan dan sistem ‘infotainment’ yang digunakan oleh siri 90 yang diiktiraf, dimana semuanya mencapai rating keselamatan industri. Selain itu Volvo S60 ini dilengkapkan dengan sistem keselamatan city safety, sistem Pilot Assist yang mampu mengawal kelajuan dan brek di atas jalanraya dengan kelajuan sehingga 130km/h. Selain itu turut dilengkapkan dengan Run-off Road Mitigation, Oncoming Lane Mitigation, Cross Traffic Alert dan serta lain-lain sistem bantuan pemanduan yang ada pada model-model Volvo baru.
Terdapat Lima pilihan warna yang ditawarkan seperti : Fusion Red Metallic, Crystal White Pearl, Pebble Grey Metallic, Onyx Black Metallic dan juha Birch Light Metallic. Harga yang ditawarkan untuk model Volvo S60 T8 R Design ini RM 295,888 tanpa cukai dan insuran.