Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Minyak enjin sintetik baharu Shell dengan harga berpatutan

Posted on November 6, 2019November 6, 2019 by Ekzosmy

–Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan minyak enjin kelikatan rendah Shell Helix HX8 0W 20 yang memenuhi keperluan hampir semua enjin kereta penumpang moden pada hari ini. Kini semua pemilik kereta mampu menikmati minyak enjin sintetik sepenuhnya yang premium dengan harga berpatutan.

Shell Helix HX8 0W 20 baharu ini merupakan pilihan yang lebih bijak bagi mereka yang ingin menikmati jarak perbatuan yang lebih serta segala kebaikan minyak enjin sintetik sepenuhnya yang tulen dari Shell, jenama yang dipercayai dan pembekal pelincir nombor satu dunia sepanjang 12 tahun yang lalu[1].

Shell Helix HX8 0W 20 baharu menjanjikan prestasi maksimum, penjimatan bahan api dan perlindungan enjin yang lebih baik apabila dihidupkan dalam keadaan sejuk.  Dengan Teknologi Flexi Molecule, Shell Helix HX8 melindungi enjin menerusi penyesuaian dengan cara dan keadaan pemanduan. Hasilnya, pemilik kereta dapat menikmati hayat enjin yang lebih panjang dengan ekonomi bahan api yang dipertingkatkan, selang masa penukaran minyak yang lebih panjang dan kos penyenggaraan yang lebih rendah. 

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan berkata Shell sentiasa membangunkan produk inovatif yang memenuhi keperluan pasaran yang kian berubah.

“Kini minyak pelincir berkelikatan rendah semakin menjadi pilihan di seluruh dunia di mana banyak syarikat pengeluar kereta telah bertukar kepada produk-produk gred kelikatan rendah bagi penggunaan pertama kereta yang dikeluarkan dari kilang mereka serta untuk kegunaan servis. Shell Helix HX8 baharu menawarkan prestasi premium minyak enjin sintetik sepenuhnya pada harga yang berpatutan supaya pemilik kereta dapat memberikan yang terbaik untuk kereta mereka tanpa kompromi,” kata beliau.

Shell Helix HX8 0W 20 baharu boleh didapati pada harga RM199 bagi pek 4 liter dan RM53.90 bagi pek satu liter di bengkel-bengkel berjenama Shell Helix dan cawangan stesen minyak Shell yang mengambil bahagian. Para pengguna dinasihatkan supaya membuat pembelian dari cawangan-cawangan ini dan memastikan adanya label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ untuk memastikan ketulenan produk.

Produk ini diperkenalkan selepas dua lagi varian Shell Helix HX8 berada di pasaran, iaitu 5W 40 (Harga Runcit yang Disyorkan: RM165 bagi pek 4 liter) dan 5W 30 (Harga Runcit yang Disyorkan: RM180 bagi pek 4 liter). Ketiga-tiga produk tulen Shell Helix HX8 ‘Untuk Pasaran Malaysia’ ini kini didatangkan dengan label ‘skyline’ baharu yang menarik. 

Sempena pelancaran tersebut, Shell Malaysia menawarkan potongan sebanyak RM25 bagi mana-mana varian Shell Helix HX8 apabila pelanggan mendaftarkan pembelian tersebut di program kesetiaan pelanggan Shell Advantage and Rewards (SHARE). Promosi ini sah dari 1 Oktober hingga 30 November 2019.

Untuk maklumat lanjut mengenai program SHARE dan Shell Helix HX8 baharu, layari https://share.shell.com/consumer/my atau hubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan Shell di 1300 88 1808. AFIFI HAFIZ MOHD NOR

full sintetik Shell
ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
380795
Views Today : 463
Total views : 1364443
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes