Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

SHELL HELIX ECO 0W-20 Baru Untuk Kereta Kompak Moden

Posted on March 2, 2020March 2, 2020 by Ekzosmy

Pertimbangan dari segi ekonomi dan alam sekitar merupakan antara faktor utama dalam membuat keputusan belian bagi pengguna, terutamanya di kalangan generasi milenial. Dalam memilih kereta pula, kereta kecil yang lebih mampu dimiliki dan ekonomi kini menjadi pilihan yang semakin popular di Malaysia.

Oleh itu, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan minyak enjin sintetik sepenuhnya berkelikatan rendah yang baharu untuk memenuhi keperluan kereta kompak moden dengan kapasiti enjin di bawah 1200 cc yang kian bertambah di jalan-jalan di Malaysia.

Minyak enjin Shell Helix ECO 0W 20 baharu ini dihasilkan khusus untuk kereta kecil, di mana enjinnya sering terdedah kepada keadaan pemanduan di bandar yang penuh dengan tekanan dan trafik yang terhenti-henti. Ia menjanjikan ekonomi bahan api yang lebih baik dan perlindungan yang unggul terhadap kehausan dan geseran bagi bahagian enjin. Ia juga mempunyai formula dengan kadar penyejatan rendah yang sentiasa membantu melincir dan melindungi enjin dengan baik.

“Shell Helix ECO yang baharu ini, dengan kelikatannya yang lebih rendah, dapat membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan pemanduan yang lebih lancar. Kini pemilik kereta boleh menikmati penjimatan dari segi kos penyenggaraan yang lebih rendah kerana ia adalah minyak enjin premium sintetik sepenuhnya yang berupaya membersihkan enjin anda di samping memberikan perlindungan enjin yang optimum sehingga penukaran minyak yang seterusnya,” kata May Tan, Pengurus Besar Pemasaran, Shell Lubricants.

Terdapat dalam pek 3.5 liter yang sesuai digunakan bagi sekali penukaran minyak, harga runcit yang disyorkan bagi Shell Helix ECO 0W 20 baharu ialah RM143.50 di Semenanjung Malaysia dan RM144.20 di Sabah dan Sarawak. Ia boleh didapati di bengkel-bengkel Shell Helix yang berdaftar di seluruh negara.

Sempena pelancarannya di Malaysia, setiap pek 3.5 liter Shell Helix ECO 0W 20 ‘Untuk Pasaran Malaysia’ yang tulen didatangkan dengan pelindung matahari percuma. Tawaran ini sah dari 1 Mac 2020 sementara stok masih ada.

Pelanggan yang membeli Shell Helix ‘Untuk Pasaran Malaysia’ yang tulen dari bengkel Shell Helix yang berdaftar layak mengambil bahagian dalam program Shell Advantage and Rewards (SHARE) yang unik (https://share.shell.com/consumer/my). Ahli-ahli SHARE layak mendapat satu pek minyak enjin Shell Helix secara PERCUMA bagi setiap empat pek yang dibeli dari cawangan runcit berdaftar.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai Shell Helix ECO 0W 20 yang baharu serta terma dan syarat promosi yang berkenaan, sila layari www.shell.com.my/helix.

– ZAIM ZAINAL –

Shell Shell Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
377480
Views Today : 465
Total views : 1349214
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes