Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

BMW Group Malaysia menyokong Eye on the Ball, sebuah dokumentari nukilan Chen Yih Wen, Pemenang Hadiah Utama BMW Shorties 2010.

Posted on March 14, 2020March 15, 2020 by Ekzosmy
EYE ON THE BALL PREMIERE – GALA NIGHT at TGV 1 Utama

BMW Shorties yang dizahirkan 14 tahun yang lalu sebagai sebuah pertandingan filem pendek yang berprestij, bermatlamat untuk memberikan platform kepada bakat-bakat kreatif tempatan untuk merealisasikan impian mereka, serta memberi nafas kepada kisah-kisah warga Malaysia yang ingin mereka ceritakan. Hari ini, pertandingan filem pendek berprestij ini terus mengorak langkah dan dimanfaatkan sebagai platform bagi komuniti pembikin filem dan kandungan digital di peringkat tempatan.

Pada tahun 2010, Chen Yih Wen membawa pulang Hadiah Utama BMW Shorties menerusi filem pendek beliau yang berjudul, Like Toy Dolls, yang mengisarkan tentang isu pengabaian dan pembuangan bayi. Beliau juga merupakan wanita pertama yang berjaya memenangi Hadiah Utama BMW Shorties, lalu membuka haluan bagi individu-individu berkaliber yang lain seperti Ekin Kee Charles – yang muncul sebagai wanita termuda untuk merangkul Hadiah Utama BMW Shorties pada tahun 2019.

Hari ini, Yih Wen sedang memperjuangkan cerita insan-insan yang bergelar cacat penglihatan. Dokumentari Eye on the Ball yang memukau ini menyusuri perjalanan pasukan bola sepak buta Malaysia yang bermula pada tahun 2009 sebagai kumpulan pemain bola sepak sambilan, namun berjaya merangkul pingat emas di Sukan Para ASEAN ke-8 pada tahun 2015 di Singapura.

BMW Group Malaysia dan BMW Shorties berbangga untuk memberi sokongan kepada Eye on the Ball, serta kelab bola sepak Pan-Disability Football Club – iaitu pasukan bola sepak yang mendasari filem beliau. Sumbangan sebanyak RM10,000 telah diberikan kepada Sunny Shalesh, jurulatih bola sepak dan pengasas Pan-Disability Football Club untuk melanjutkan usaha sokongan dan membantu kelab tersebut menubuhkan pusat latihan mereka sendiri yang tetap.

“Yih Wen telah melakar kejayaan sekali lagi dengan Eye on the Ball, sebuah filem yang pasti dapat menambat hati rakyat Malaysia. Kisah yang dibawakan oleh beliau mengenai pasukan bola sepak buta Malaysia ini mencetus inspirasi dan kami di BMW Group Malaysia amat berbangga dengan pencapaian beliau dan kami akan menyokong filem ini. Kisah kejayaan Yih Wen, termasuk banyak lagi bakat pembikinan filem dan kandungan digital yang ditemui melalui program BMW Shorties menunjangi kewujudan program ini – iaitu meneroka dan mendukung bakat-bakat tempatan!” ujar Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia.

“Saya dapat menceritakan kisah ini dengan rasa rendah hati mengenai pasukan bola sepak buta Malaysia yang berjaya mengharungi pelbagai cabaran untuk berdiri di sini pada hari ini. Bagi saya, ia adalah mustahak untuk diperlihatkan kepada orang ramai mengenai semangat positif yang dipancarkan oleh mereka sebagai seorang insan dan sebagai sebuah pasukan, terutamanya ketika mereka turun ke padang. Saya bersyukur atas sokongan yang diberikan oleh BMW Shorties untuk Eye on the Ball dan Pan-Disability Football Club. 10 tahun sudah berlalu dan mereka masih berdiri di samping saya, dan saya amat menghargainya,” ungkap Yih Wen.

Eye on the Ball telah membuat tayangan perdana di Aperture: Asia & Pacific Film Festival di London, Manchester dan Newcastle pada bulan September tahun lalu. Dokumentari tersebut juga telah meraih pengiktirafan antarabangsa, sepertimana ia dicalonkan untuk anugerah Dokumentari Asing Terbaik di Festival Filem Oslo dan lain-lain.

Tonton Eye on the Ball di pawagam seluruh negara mulai Khamis, 19 Mac 2020. Saksikan treler Eye on the Ball DI SINI. Maklumat lanjut mengenai BMW Shorties boleh didapati di laman web rasmi BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my atau laman Facebook rasmi BMW Shorties di www.facebook.com/bmwshorties serta laman Instagram di www.instagram.com/bmwshorties.

BMW BMW BMW Shorties

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378208
Views Today : 1592
Total views : 1353147
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes