Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

UMW TOYOTA MOTOR AKAN BUKA SEMULA PUSAT SERVIS TERPILIH DI SELURUH NEGARA

Posted on April 21, 2020April 23, 2020 by Ekzosmy

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia sejak 18 Mac 2020, semua perniagaan kecuali yang berkaitan perkhidmatan penting telah dikehendaki memberhentikan operasi.

Pusat servis kenderaan menjadi antara operasi perniagaan yang perlu ditutup, walaupun servis dan bantuan kecemasan dibenarkan. Namun, susulan lanjutan pelaksanaan PKP sehingga 28 April 2020, MITI telah memberi kebenaran kepada syarikat automotif untuk menyambung semula perkhidmatan lepas jualan di cawangan terpilih.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah mendapat kelulusan daripada MITI untuk membuka semula pusat servis rasmi Toyota terpilih dan akan memulakan operasi cawangan servis terpilih untuk kecemasan dan keperluan servis segera, dalam kapasiti minimum.

Perkhidmatan kepada pelanggan adalah berdasarkan temujanji sahaja. Pelanggan perlu menghubungi pusat servis terdekat untuk mengesahkan pusat servis berkenaan telah mula beroperasi, dan seterusnya menetapkan temujanji yang sesuai sebelum datang ke premis. Pelanggan juga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi PKP ketika dalam perjalanan.

Segala usaha akan diambil untuk memastikan keselamatan dan perlindungan pelanggan ketika mereka berada di pusat servis. Menjaga jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter atau lebih akan di amalkan bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan virus.

Berkenaan semua kenderaan yang dibeli daripada UMWT atau pengedar rasmi dengan tempoh jaminan sah yang berakhir di dalam tempoh PKP, lanjutan 30 hari akan diberikan bermula dari hari terakhir PKP dilaksanakan nanti.

Syarikat juga akan terus menyediakan sokongan serta bantuan kepada semua pelanggan yang mempunyai sebarang kecemasan atau pertanyaan sepanjang tempoh PKP melalui talian hotline sedia ada. Pelanggan boleh menghubungi nombor-nombor seperti yang tertera di bawah untuk maklumat lanjut:

Pertanyaan dan bantuan umum
*Isnin-Jumaat, 8 pagi – 7 malam
1800-8-TOYOTA (869682)
Hotline tambahan
*Isnin-Jumaat, 8 pagi – 7 malam
017-6278982
016-8696107
014-3335380
016-6332865
016-6387678
011-273 55039
Bantuan kecemasan 24 jam 1800-888-247
Emel sokongan pelanggan customersupport@toyota.com.my

“Kami selalu meletakkan pelanggan sebagai keutamaan, dan untuk itu semua kenderaan Toyota yang dihantar ke pusat servis akan diperiksa secara menyeluruh untuk memastikan ia berada dalam keadaan terbaik. Bagaimanapun, kami juga ingin menggesa pelanggan untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan membantu untuk menghentikan penularan wabak Covid-19 di Malaysia,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, K. Ravindran.



Oleh : ZAIM ZAINAL

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
380297
Views Today : 1112
Total views : 1362284
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes