Oleh : ZAIM ZAINAL

ISUZU Malaysia hari ini memperkenalkan Isuzu D-Max edisi terhad yang baru dikenali dengan nama STEALTH. Edisi STEALTH menampilkan pengayaan yang menonjol dan agresif yang hadir dengan semangatnya tersendiri.

Isuzu D-Max edisi STEALTH menggunakan model asas dari Isuzu D-Max 4×4 Premium automatik yang dilengkapi dengan enjin 1.9 liter Ddi Blue Power.Didatangkan dengan tawaran dua warna, Stallion Black Metallic atau Silky White Pearl dan hanya ditawarkan dengan jumlah yang terhad sebanyak 180 unit saja.

Untuk memberikan imej STEALTH tersendiri penggunaan jeriji hadapan yang dihitamkan sepenuhnya serta bampar belakang juga turut dihitamkan bagi menggantikan pengunaan warna krom. Hanya satu jalur halus bewarna perak pada bahagian hadapan untuk memberikan rupa yang lebih sporty. Model Isuzu D-Max edisi STEALTH ini menggunakan roda aloi berukuran 18 inci serta didatangkan dengan lencana STEALTH pada jejari roda aloi, serta lencana pada pintu hadapan kiri dan kanan serta pada pintu bagasi belakang. Pintu bagasi belakang juga didatangkan dengan ciri bukaan ringan yang hanya terdapat pada model Isuzu D-Max premium saja sebelum ini. Tempat pemijak sisi yang boleh disimpan secara elektronik semasa membuka dan menutup pintu juga didatangkan sebagai aksesori standard pada edisi STEALTH ini.

Bahagian dalaman Isuzu D-Max edisi STEALTH ini juga turut menerima perubahan pada balutan kerusi penumpang dimana pengunaan material kulit premium dan digabungkan dengan fabrik bagi memberikan keselesaan pemandu dan penumpang ketika perjalanan, dan mempunyai lencana STEALTH di setiap kerusi, pelapik bumbung juga ditukarkan kepada warna hitam, serta kesetiap kemasaan pemukaan papan pemuka serta pintu juga turut ditukarkan kepada warna hitam berkilat. Ini memberikan ciri yang lebih ekslusif pada Isuzu D-Max edisi Stealth.

Sebagai sebuah kenderaan pikap premium urban, Isuzu-Dmax Stealth turut dilengkapi dengan perakam video digital (DVR) depan dan belakang. Kedua-dua kamera ini mampu merakam dalam format definisi tinggi (HD) sepenuhnya ketika siang dan malam. Kamera perakam video digital ini juga mampu merakam pergerakan ketika kenderaan parker serta mengesan impak pada kenderaan. Rakaman berkenaan boleh dimainkan semula pada telefon pemilik memalui sambungan WiFi dengan aplikasi iRoad yang boleh dimuat turun dari Apple App Store atau Google Play. Turut ditawarkan peninjau sekeliling (AVM) dengan panduan imej 3D. Menggunakan empat kamera di sekeliling kenderaan bagi membantu pemandu ketika membelok dan memarkir kenderaan.

Isuzu D-Max Stealth didatangkan dengan jaminan istimewa tanpa had selamat tujuh tahun dan boleh didapati melalui semua rangkaian pengedar sah Isuzu seluruh negara bermula hari ini dengan harga bermula RM 125,799.20 ( atas jalan, tidak termasuk insuran) di semenanjung dan di Sabah RM 128,176.20 ( atas jalan, tidak termasuk insuran) dan di Sarawak RM 128,220.30 ( atas jalan, tidak termasuk insuran)

Pelanggan-pelanggan terawal yang membeli Isuzu D-Max Stealth ( Pendaftaran persendirian sahaja ) yang mendaftaer kenderaan mereka sepanjang Ogos akan menerima sport roll bar atau memilih untuk membeli penutup T-Lid ( bernilai RM 5,500) dengan pada harga hanya RM 2000 sementara stok masih ada. Untuk keterangan lanjut dan tawaran hebat lainnya, berkunjunglah ke pengedar terdekat anda atau layari www.isuzu.ney.my/pickup atau laman Facebook rasmi https://www.facebook.com/ISUZU.Dmax.Malaysia