Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

PANDU UJI : Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI 2020

Posted on September 23, 2020September 22, 2020 by Ekzosmy
Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI “Facelift”

Oleh : ZAIM ZAINAL

Baru-baru ini saya berpeluang untuk memandu uji Volkswagen Passat 2.0 Elegance TSI “Facelift” yang dilancarkan pada awal tahun 2020 ini. Seperti biasa model “Facelift” ini terdapat beberapa perubahan naik taraf seperti rekaan bampar hadapan, rekaan jeriji radiator, rekaan lampu hadapan yang baru, rekaan bampar belakang dan serta rekaan lampu belakang yang baru. Sebaik saja saya mendapat Volkswagen Passat Elegance ini tertarik dengan fungsi kemasukan tanpa kunci “Keyless entry” utk kesemua pintu bagi memudah cara untuk saya mengakses ruang penumpang tanpa perlu membuka pintu bahagian pemandu terlebih dahulu.

Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI “Facelift”



Pada bahagian hadapan Volkswagen Passat 2.0 Tsi Elegance versi naik taraf ini terdapat beberapa perubahan kecil terutama rekaan bumper hadapannya yang nampak lebih kemas dan lebih bergaya, serta rekaan jeriji radiator hadapan yang diperkemaskan lagi dan juga rekaan lampu hadapan yang baru serta menggunakan teknologi LED sepenuhnya untuk pengcahayaan yang lebih sempurna dan lebih terkini. Rekaan lampu kabus Passat Elegance berbentuk segi trapezoid ini juga membuatkan keseluruhan bahagian hadapan lebih kemas dan menarik, Lampu kabus juga turut dilengkapkan dengan lampu jenis LED. Keseluruhan bahagian hadapan bagi pandangan saya, boleh dikatakan tampak lebih kemas dengan rekaan baru terkini ini, terutama rekaan jeriji radiator yang nampak bersambung bersama lampu utama.

Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI “Facelift”

Untuk bahagian belakang pula, menyaksikan rekaan lampu belakang baru yang nampak lebih unik dan mempunyai kelas tersendiri terutama apabila dinyalakan, disokong dengan penggunaan lampu jenis LED ini lagi dapat membantu memberikan cahaya yang jelas serta lebih moden. Selain itu rekaan bampar belakang juga diperkemaskan lagi, dan nampak lebih ringkas dan kemas.

Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI “Facelift”

Melihat pada sudut sisi kenderaan pula menyaksikan penggunaan roda aloi berbilang jejari Liverpool yang berukuran 18 inci ini yang didatangkan dengan warna kelabu gelap ini memberikan satu rupa ringkas dan kemas. Roda aloi ini juga didatangkan dengan tayar jenis Continental Max Contact 5 yang berukuran 235/45/ 18. Selain itu untuk pandangan sisi juga menyaksikan penggunaan kemasan krom berkilat yang tidak la terlampau banyak dan keterlaluan dimana untuk model Volkswagen Passat Elegance “Facelift” ini hanya menggunakan kemasan krom pada bahagian kekisi tingkap pintu sahaja.

Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI “Facelift”

Masuk pada bahagian ruangan dalam Volkswagen Passat Elegance 2.0 Tsi “Facelift” ini turut menyaksikan ketersusunan rekaan dalaman yang lebih ringkas dan kemas. Bahagian papan pemuka Volkswagen Passat Elegance 2.0 Tsi “Facelift” ini menarik apabila melihat pada rekaan corong penyaman udaranya yang seperti jeriji pada radiator hadapan nampak seperti satu rekaan tengelam bersama dengan papan pemuka ini memberikan ia berada dalam kelas tersendiri. Penggunaan kemasan trim bercorak “Brush metal” serta gabungan hitam piano ini menyerikan lagi rupa papan pemukanya dan sangat berkelas.

Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI “Facelift”

Selain itu juga sistem unit sesentuh multimedia Volkswagen Passat Elegance ini juga lebih moden dan canggih dimana terdapat fungsi mengesan pergerakan tangan tanpa sentuh pada skrin multimedianya sendiri. Sistem Multimedianya turut mempunyai fungsi sambungan “WirelessApp-Connect” dimana boleh disambungkan dengan Apple Car Play dan juga Android Auto.

Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI “Facelift”

Untuk bahagian meter informasi pemandu pula, Volkswagen Passat Elegance 2.0 Tsi “Facelift” ini pula sangat menawan dan sangat moden dimana ia menggunakan teknologi “Digital Display” dimana kita boleh mengubah-ubah paparan mengikut kesesuaian pemandu sendiri, serta membolehkan pemandu menetapkan tatapan GPS pada bahagian papan informasi pemandu bagi memudahkan pemandu untuk menumpukan perhatian penuh ketika memandu.

Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI “Facelift”

Sebut tentang moden, terdapat satu kelebihan yang jauh lebih moden digunapakai pada Volkswagen Passat Elegance 2.0 Tsi “Facelift” ini dimana ia terdapat tiga poin sambungan USB jenis Type-C disediakan pada model ini. Bagi saya cukup sekadar satu atau dua saja poin USB Type-C ini, dan satu lagi sepatutnya diletakkan USB Type-A, kerana pada masa ini masih banyak lagi alat sambungan elektronik yang masih menggunakan sambungan USB Type-A.

Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI “Facelift”

Volkswagen Passat 2.0 Tsi Elegance ini menggunakan enjin empat silinder petrol yang berkapasiti 2.0 liter serta mempunyai sistem desakan pengecas turbo ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 190 kuasa kuda dan mempunyai nilai tork sebanyak 320 Nm dan turut menggunakan sistem transmisi yang baru dengan 7 kelajuan DSG jenis klac basah berkembar.

Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI “Facelift”

Dari sudut pemanduan Volksawagen Passat Elegance 2.0 Tsi ini pula sangat mudah dikendalikan, saya sendiri juga antara pengemar pemanduan kenderaan eropah ini sangat sukakan tindak balas pemanduan yang diberikan oleh Volkswagen untuk model Passat Elegance 2.0 Tsi “Facelift” ini. Tetapi ada sedikit kekurangan bagi saya dimana rasa kawalan steeringnya amat la ringan dan rasa kurang mantap sedikit. Selain itu saya sedikit terkejut dimana dalam pemanduan kelajuan tinggi di antara 110km/j terdapat bunyi bising angin luar masuk ke ruang dalaman kabin dimana ia sedikit menggangu.

Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI “Facelift”

Untuk sistem bantuan keselamatan pemanduan Volkswagen Passat Elegance 2.0 Tsi “Facelift” ini mempunyai Sistem Amaran Titik Buta ”Blindspot Side Assist”, Bantuan Makluman Aliran Lalu Lintas Belakang “Rear Cross Traffic Alert”, Sistem Perlindungan Penghuni Proaktif “Proactive Occupant Protection System”, Sistem Brek Pasca Perlanggaran Automatik “Automatic Post Collision Brake System”, Sistem Makluman Pemandu Rehat “Rest Assist (Driver Alert System)”, Enam Beg Udara, Tempat duduk dengan fungsi Isofix. Tetapi Volkswagen Passat Elegance 2.0 Tsi “Facelift” ini tidak mempunyai Sistem Bantuan Pemandu Maju “ADAS”. Ini boleh dikatakan sesuatu kekurangan pada masa ini.

Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI “Facelift” yang saya pandu uji ini adalah bewarna Aquamarine Blue. Selain warna Aquamarine Blue ini juga terdapat lima lagi warna pilhan yang disediakan seperti, Deep Black, Oryx White, Manganese Grey, Reflex Silver, dan Tamarind Brown. Harga Jualan bagi Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI “Facelift” ini adalah sekitar RM 181,856.64 dan mempunyai tiga tahun penyelengaraan percuma, Waranti perbatuan tanpa had lima tahun, dan Bantuan tepi jalan lima tahun. 

Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI “Facelift”
Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI “Facelift”
Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI “Facelift”
Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI “Facelift”
Volkswagen Passat Elegance 2.0 TSI “Facelift”
ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
377258
Views Today : 1524
Total views : 1348475
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes