Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

BMW 218i Gran Coupé M Sport Baru Dilancarkan – RM 211,367.00

Posted on October 8, 2020October 8, 2020 by Ekzosmy
BMW 218i Gran Coupé M Sport

Oleh : ZAIM ZAINAL

BMW Malaysia hari ini memperkenalkan jentera coupé empat pintu yang pertama dalam segmen kompak premium di Pavilion Kuala Lumpur bersama-sama acara Time Kulture oleh Switch Watch Gallery, iaitu pameran jam tangan Swiss yang berprestij dianjurkan.

BMW 218i Gran Coupé M Sport

BMW 218i Gran Coupé M Sport ini didatangkan dengan gril ‘kidney’ tunggal dalam rekaan tiga dimensi yang baru, dimana ia dipadankan dengan lampu hadapan LED serta lampu kabus LED. Reka bentuk BMW 218i Gran Coupe ini yang aerodinamik juga membekalkan pusat graviti yang rendah untuk memperlihatkan kedinamikan jentera ini, manakala pintu hadapan dan belakang yang tidak berbingkai menyerlahkan seni reka bentuknya yang sempurna.

BMW 218i Gran Coupé M Sport

Rekaan roda aloi ringan M dalam penggayaan dwiruji 819 M Bicolour 18” dengan tayar ‘runflat’ memberikan Gran Coupé ini penampilan yang bergaya. Pada sudut belakang, dipadakan dengan set lampu belakang LED langsing yang dihubungkan oleh jalur hitam berkilat. Gran Coupé ini juga hadir dengan pakej M Aerodynamics sebagai standard.

BMW 218i Gran Coupé M Sport

BMW 218i Gran Coupé M Sport merupakan coupé BMW kompak yang pertama memanfaatkan penempatan enjin secara melintang. dikuasakan oleh enjin petrol tiga silinder dengan kapasiti 1.5 liter yang berkuasa tinggi dan efisien untuk kegunaan harian. Dengan output maksimum berjumlah 103 kW/140 kk dan puncak tork berjumlah 220 Nm, Gran Coupé ini mampu membuat pecutan abad dalam masa 8.7 saat. Kelajuan tertinggi yang mampu dicapai ialah 213 km/j. Manakala penggunaan bahan apinya merekodkan 5.9 liter bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 km, dengan emisi karbon berjumlah 135 g per kilometer.

BMW 218i Gran Coupé M Sport

Kuasa disalurkan melalui transmisi dwiklac Steptronic Tujuh Kelajuan. Seperti BMW 1 Series, BMW 218i Gran Coupé M Sport juga didatangkan dengan pacuan roda hadapan (FWD) oleh BMW. Penyumbang utama dalam aspek pengendalian FWD yang cemerlang ialah teknologi ARB (near-actuator wheel slip limitation) yang membenarkan intervensi kawalan yang lebih pantas dan sensitif, di samping meminimumkan sensitiviti understeer yang biasanya dialami dengan kenderaan FWD. Teknologi ARB ini menampilkan sistem kawalan gelincir yang terletak di dalam unit kawalan enjin, ia mewujudkan jarak signal yang lebih singkat, dengan output enjin yang akan dikurangkan jika wujud potensi kegelinciran pada roda hadapan.

BMW 218i Gran Coupé M Sport

Gran Coupé baharu membawakan kemasan trim beriluminasi dalam Illuminated Boston dan sumber cahaya LED melalui Lights Package untuk memperkayakan ambien ruang kabin. Stereng kulit M yang berciri multifungsi, kerusi kulit dengan upholsteri Leather Dakota, dan sistem penyaman udara automatik dua zon membekalkan pengalaman pemanduan yang menyelesakan. Turut hadir dengan BMW Live Cockpit Plus yang menampilkan takometer dan meter analog, serta skrin 5.1” format potret 4:3 yang memaparkan butiran seperti kelajuan kereta, status sistem bantuan pemandu dan arahan navigasi. Ia dilengkapkan oleh paparan kawalan skrin sentuh 8.8 inci. Gran Coupé ini hadir dengan konsol sentral yang merangkumi tuil gear, ‘iDrive Controller’, butang pilihan pemanduan dinamik serta butang ‘push start’.

BMW 218i Gran Coupé M Sport

Rekaan khas ‘central tunnel’ membekalkan keselesaan dan ruang yang lebih luas bagi penumpang belakang jika dibandingkan dengan coupé dua pintu yang standard dalam segmen ini. Kompartmen muatan 430 liter jentera ini bersaiz 40 liter lebih lebar berbanding BMW 2 Series Coupe, serta ruang yang besar ini juga boleh ditingkatkan lagi dengan melipat tempat duduk belakang dalam pembahagian 40/20/40. Comfort Access 2.0 turut disediakan untuk Gran Coupé terbaharu, berserta dengan Kunci Digital BMW untuk kemudahan tambahan.

BMW 218i Gran Coupé M Sport

Bantuan ditawarkan melalui BMW Personal CoPilot yang menampilkan ciri-ciri fungsi seperti Bantuan Memandu (Driving Assistant), Bantuan Memarkir (Parking Assistant), dan Bantuan Mengundur (Reversing Assistant). Sistem Bantuan Memandu ini merangkumi Amaran Penukaran Laluan (Lane Change Warning), Amaran Perentasan Trafik (Crossing Traffic Warning) di belakang, Amaran Perlanggaran Belakang (Rear Collision Warning), dan Bantuan Had Kelajuan (Speed Limit Assist). Ia juga meliputi Amaran Pengeluaran Laluan (Lane Departure Warning) dengan intervensi stering aktif, serta Amaran Perlanggaran Hadapan (Forward Collision Warning) dengan fungsi intervensi brek. Bantuan Parkir dan Bantuan Mengundur juga disediakan sebagai standard, berserta dengan Kawalan Jarak Parkir Aktif (Active Park Distance Control) dan bantuan parkir lateral.

BMW 218i Gran Coupé M Sport

BMW 218i Gran Coupé M Sport ditawarkan dalam warna Alpine White, Black Sapphire, Snapper Rock Blue, Storm Bay, dan Melbourne Red. Ruang interior akan dihiasi dengan upholsteri Leather Dakota berwarna hitam dengan sorotan rona biru dan hitam.

BMW 218i Gran Coupé M Sport

BMW 218i Gran Coupé M Sport disediakan di semua pusat pengedaran BMW bertauliah di seluruh negara mulai 8 Oktober 2020. Pelanggan juga boleh menempah Gran Coupé terbaharu ini di http://www.shop.bmw.com.my/ pada harga RM1,000.

BMW 218i Gran Coupé M Sport

Selain itu juga menyaksikan pihak BMW Malaysia bekerjasama dengan perusahaan-perusahaan tempatan yang tabah mengharungi detik yang mencabar ini melalui semangat tekad, ketahanan dan inovasi mereka. Kenderaan Gran Coupé baharu daripada BMW ini telah dirungkaikan dalam varian BMW 218i Gran Coupé M Sport, di samping barisan model-model kenderaan yang disamari dengan gubahan seni unik oleh perusahaan, kumpulan sukarelawan dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang meliputi Komuniti Tukang Jahit, Changgih Designs, INKAA dan Kanoe.

BMW 218i Gran Coupé M Sport
BMW 218i Gran Coupé M Sport
BMW 218i Gran Coupé M Sport
BMW 218i Gran Coupé M Sport

Pemilik jentera BMW 218i Gran Coupé M Sport ini juga dapat merasai pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW Privileges Card
  • Servis Dalam Talian BMW

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) BMW 218i Gran Coupé M Sport baharu dengan Pengecualian Cukai Jualan* ialah:

BMW 218i Gran Coupé M Sport Baharu                 RM 211,367.00*

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
378050
Views Today : 341
Total views : 1351896
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes