Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

BMW Malaysia Melabuhkan Tirai Tahun 2020 dengan Kejutan Kempen ‘ M ‘

Posted on December 1, 2020December 1, 2020 by Ekzosmy
New BMW M3 & BMW M4 Competition

BMW Malaysia telah merungkaikan kempen terbaharunya bagi portfolio BMW M yang berprestasi tinggi pada hari ini, bermula dengan pratempahan bagi jentera BMW M3 Competition dan BMW M4 Competition Coupé yang baharu – iaitu dua kenderaan ikonik yang dinanti-nantikan daripada pengeluar kenderaan premium ini.

New BMW M3 & BMW M4 Competition

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia turut berkongsi, “Sanjungan ke atas M, seperti yang dilihat melalui perungkaian barisan kenderaan M yang terkini, mempamerkan jiwa keterujaan pemanduan yang dikendong oleh para pemilik jenama BMW. Menerusi pengenalan BMW M3 Competition dan BMW M4 Competition Coupé baharu, kami berhasrat untuk terus memastikan semangat peminat portfolio BMW M terus berkobar di Malaysia. Kedua-dua jentera ini menyerlahkan kepakaran sukan permotoran serta pendekatan kami yang mementingkan praktikaliti dan keselesaan yang bertaraf tertinggi.”

New BMW M3 & BMW M4 Competition

Tahun ini, BMW Malaysia telah memacu gagasan penawaran produk bagi portfolio BMW M meskipun industri automotif negara dilatari situasi yang mencabar. Di samping enam model M Performance baharu yang diperkenalkan sepanjang 10 bulan yang lalu, BMW Malaysia juga telah meraikan Hari Malaysia bersama para pemilik BMW M di ///Malaysia Day Drive. Semangat patriotik jelas terpancar menerusi barisan kenderaan BMW M berprestasi tinggi yang meniti susur jalan raya Kuala Lumpur, diterajui oleh jentera BMW M4 yang mengenakan gubahan BMW M4 GT4 oleh Chan Wen Bin.

New BMW M3 & BMW M4 Competition

BMW M Secret Garage di Munich, Jerman yang menjadi sebutan ramai juga dapat disaksikan di Malaysia buat pertama kali ketika acara yang berlangsung di M Town pada tahun ini, yang telah merungkaikan BMW M8 Coupé dan BMW M8 Gran Coupé baharu, berserta dengan BMW X3 M Competition dan BMW X4 M Competition baharu untuk pasaran tempatan.

Pratempahan kini dibuka bagi BMW M3 Competition dan BMW M4 Competition Coupé. Kedua-dua model baharu ini boleh dipratempah melalui BMW Shop Online mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020 pada harga RM5,000 bagi setiap kenderaan. Pakej Inovasi BMW (BMW Innovation Package) juga sedia sebagai pilihan bagi kedua-dua model untuk menawarkan bakal pemilik Pengalaman Pemilikan Premium yang tersendiri.

New BMW M3 & BMW M4 Competition

Pelanggan juga berpeluang untuk menikmati harga istimewa dan tawaran bagi BMW M3 Competition serta BMW M4 Competition Coupé – selain menjadi antara pemilik pertama untuk menerima kenderaan ini pada tahun 2021.

Anggaran harga bagi model-model ini (atas jalan, tanpa insurans) ialah:

BMW M3 Competition Sedan

BMW M3 Competition Baharu                                RM 664,800.00

(dengan Pakej Inovasi)                                             RM 722,800.00

BMW M4 Coupe Competition

BMW M4 Competition Coupé Baharu                     RM 684,800.00

(dengan Pakej Inovasi)                                             RM 740,800.00

Layari BMW Shop Online melalui https://shop.bmw.com.my/ untuk menyaksikan dan pratempah BMW M3 Competition atau BMW M4 Competition Coupé pada hari ini, begitu juga dengan kenderaan M lain yang ditawarkan di Malaysia.

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
377583
Views Today : 938
Total views : 1349687
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes