Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Volkswagen Hadir Dengan Rebat Ang Pow CNY Tahun Ini

Posted on January 6, 2021January 6, 2021 by Ekzosmy

Oleh : ZAIM ZAINAL

Permulaan yang menarik untuk tahun 2021 ini dengan menyaksikan Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) menawarkan rebat ang pow sambutan tahun baru cina yang bakal tiba tak lama lagi. Menerusi rebat ang pao ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin memulakan tahun lembu ini dengan sebuah kereta Volkswagen baru.

Sama seperti lembu, perkataan seperti lasak dan berkuasa sememangnya kena dengan Volkswagen. Tidak kira apa modelnya, sama ada Passat atau Tiguan Allspace, pemandu boleh menikmati kuasa serta-merta dan pengalaman pemanduan yang dinamik dengan kuasa tork tinggi pada rpm rendah, terima kasih kepada kotak gear direct shift (DSG).

Pelanggan boleh membuat tempahan kenderaan melalui eShowroom Volkswagen dan akan menikmati penjimatan tambahan eksflusif dalam talian serta rebat ang pao. Untuk mereka yang meminati rangkaian model Passat, boleh la menikmati insuran percuma selama setahun atau penjimatan sebanyak RM5,500

ModelRebat Ang PaoPenjimatan eShowroomPenjimatan model tahun 2020
Tiguan Allspace HighlineRM 1,000RM 3,500RM3,500
Tiguan Allspace R-LineRM 1,000RM 3,500RM3,500
Arteon HighlineRM 1,000RM 4,500RM2,500
Passat Elegance HighlineRM 1,000RM 3,500Percuma insuran 1 tahun atau RM5,500
Passat R-LineRM 1,000RM 3,500Percuma insuran 1 tahun atau RM5,500

Kesemua model Volkwagen hadir dengan penyelengaraan percuma selama tiga tahun serta jaminan perbatuan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama lima tahun. Untuk pemilik kenderaan Volkswagen juga turut boleh menikmati Kempen Servis Selepas Jualan CNY yang menawarkan penjimatan ke atas penggantian alat ganti serta minyak enjin tulen.  

Tawaran selepas jualan adalah seperti berikut:

Alat GantiTawaranTambahan
Cakera brek (setiap cakera)RM30 offBaucar Grab RM20
Pad Brek (setiap set)RM30 offBaucar Grab RM20
Papis pendingin udara (setiap unit)RM20 offBaucar Grab RM10
Aditif bahan api (setiap botot)RM20 offBaucar Grab RM10
Minyak Enjin Tulen 1L20% off–

Selain itu juga para pemilik dapat menikmati perkhidmatan bertaraf lima bintang, diskaun 20% untuk tayar dan bateri serta paket ang pao percuma dari Volkswagen. Promosi jualan dan selepas jualan Volkswagen CNY sah mulai sekarang hingga 28 Februari 2021

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
377565
Views Today : 802
Total views : 1349551
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes