Menu
Ekzos.my
  • Home
  • Auto My
  • Auto Global
  • Modifikasi
  • Pandu Uji
  • Santai
  • Hubungi
Ekzos.my

Porsche Catat Pertumbuhan Baik Tahun 2020

Posted on January 15, 2021January 15, 2021 by Ekzosmy

Oleh : ZAIM ZAINAL

Stuttgart : Dengan krisis pandemik Covid-19, Porsche merekodkan sejumlah 272,162 kenderaan baru yang berjaya di serahkan seluruh dunia tahun lalu, kurang dari tiga peratus dari rekod 2019. Taycan yang merupakan kereta sport elektrik pertama dari Porsche ini juga menyumbang sebanyak 20,015 unit pada tahun 2020. Cayenne mendahului permintaan pada 92,860 jualan, dimana ia meningkat satu peratus berbanding tahun sebelumnya. Kereta sport dua pintu Porsche merupakan model sangat popular. Sebanyak 21,784 kenderaan dari 718 barisan model menemui pemilik baru – enam peratus lebih banyak berbanding tahun sebelumnya. Penghantaran Porsche 911 yang ikonik berjumlah 34,328.

Jenama Porsche juga mencatatkan pertumbuhan baik di Asia Pasifik dan China dimana ia mencatatkan sebanyak 88,968 unit kenderaan berjaya diserahkan kepada pemilik di China untuk tahun 2020, ini merupakan pertumbuhan baik sebanyak tiga peratus berbanding tahun 2019. Wilayah Asia Pasifik, Afrika dan Timur Tengah juga terus berkembang secara keseluruhan secara keseluruhan: 121,641 kenderaan diserahkan ke sana, setara dengan kenaikan empat peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun sebelumnya. Porsche menghantar 80,892 kenderaan di Eropah dan 69,629 di Amerika. Selepas keputusan 2020 yang kukuh, Porsche optimis akan perkembangan positif pada tahun 2021

Porsche AG                                                 
Deliveries
20192020Difference
Worldwide280,800272,162-3%
Europe88,97580,892-9%
Germany31,61826,152-17%
America75,36769,629-8%
USA61,56857,294-7%
Asia Pasific, Africa and Middle East116,458121,6414%
China86,75288,9683%
ekzos.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://www.youtube.com/watch?v=M69mWvT4YPc&t=9s
379172
Views Today : 828
Total views : 1357841
©2021 Ekzos.my | Powered by WordPress & Superb Themes