Oleh : ZAIM ZAINAL
Toyota GR Yaris yang baru saja dilancarkan pada bulan disember lepas telah pun mendapat sambutan hangat untuk peminat di Malaysia. Model ini hanya dibina sebanyak 25,000 unit ‘Special Homologation’ telah dibina oleh Toyota. Dari 25,000 unit akan dijual di seluruh dunia, kurang dari 200 unit yang mempunyai plat khas eksklusifnya yang telah diperuntukan untuk pasaran Malaysia.

Toyota GR Yaris ini dijual dengan penanda harga dari RM286,896 (tidak termasuk pengecualian insurans, roadtax dan SST), GR Yaris telah ditawarkan hanya melalui sebilangan wakil jualan dengan GR Garage. Ini adalah jualan khusus saluran untuk produk GR (GAZOO Racing) seperti GR Supra, GR Yaris dan Vios GR-Sport serta item peningkat prestasi GR.

Mereka yang berminat untuk melihat GR Supra atau Vios GR-Sport; atau untuk mendaftarkan minat untuk GR Yaris digalakkan untuk mengunjungi Toyota Online Showroom yang boleh diakses di https://toyota.com.my/shopping-tools/online-showroom dan buka 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Untuk maklumat mengenai GR Garage di seluruh negara, sila layari https://toyota.com.my/tgrmalaysia/grgarage/.